

Ruam pada penyakit measles (campak)
Campak disebabkan virus measles yang meyebabkan demam tinggi, sakit tekak yang teruk dan ruam pada seleuruh badan. Virus ini juga boleh meyebabkan jankitan pada paru-paru dan otak.
Beguk (Mumps):
Virus mumps meyerang kelenjar parotid yang terletak pada bahagian antara depan telinga dan pipi. Ia meyebabkan demam dan bengkak serta sakit pada bahagian kelenjar ini. Komplikasi pada bahagian testis juga boleh berlaku pada kanak-kanak lelaki apabila virus ini meyerang bahagian testis.
Rubella:
Virus rubella meyebabkan demam dan ruam pada badan. Jika ibu yang mengandung mendapat penyakit rubella ini , anak dalam kandungan boleh mendapat komplikasi seperti keguguran, kecacatan dan masalah jantung.
Cacar Air (Chicken-pox):
Ruam berair pada cacar air.
Cacar air disebabkan oleh virus varicella. Ia meyebabkan demam dan ruam berair pada badan terutamanya pada bahagian muka dan badan. Ia juga boleh meyerang bahagian paru-paru dan otak.
Vaksin MMR+V
Sebelum ini vaksin MMR (Mumps/Measles/Rubella) diberi apabila kanak-kanak mencapai umur 1 tahun. Vaksin cacar air (Varicella) diberi selepas itu ie; 2 suntikan berasingan.
Sekarang ini terdapat vaksin kombinasi untuk keempat-empat peyakit ini dalam satu suntikan (MMR+V). Vaksin ini diberi apabila kanak2 mencapai umur 1 tahun dan diberi sekali lagi apabila mereka berumur 4-5 tahun. Ini adalah kerana pada waktu ini kebanyakan mereka sudah memasuki tadika dan terdedah kepada persekitaran yang berisiko untuk mendapat pelbagai peyakit.
Anda boleh bertanya doktor pakar kanak2 anda mengenai vaksin in.

11 comments:
Salam Dr saiful,,anak saya (newborn) selalu sgt termuntah susu ikut hidung & mulut, mcm mana yg perlu saya buat?
apakah ini adalah perkara normal nagi seorg bayi??
info tentang beguk di SIHAT SELALU - Gejala dan Rawatan Beguk
Anak sy berumur 1 thn dan br mendapat imunisasi MMR isnin lepas..kini da msk 2hari dia demam yg tinggi.ubat telah diberi..tp masih x turun suhunya...sy basahkan kepala dan bdn nya agar dpt menolong haba panas tersebut hilang...adakah cr lain untuk sy menurun kan suhunya....
dr. leh x ceritakan ttg gejala Batuk..dari segi punca dan cara2 lain selain mkn ubat utk mengurangkn batuk.
dr..anak saya baru 4 bulan,di kepala anak saya ada bintik2 yg gatal..stiap kali anak saya hendak tidur,dia menggaru kepala dan menangis kerana tidak boleh tidur..bagaimana untuk saa mengatasinya?
dr,untuk suntikan MMR kontraindikasi nya adalah elak bagi pada kanak2 yang mengalami alahan pada telur...so vaksin pa yg sesuai d beri untuk mengggantikan MMR?
Doktor, anak saya berumur 10bulan dan baru dijangkiti demam campak besar(chicken pox) Bolehkah anak saya diberi vaksin?
anak saya dulu selalu gak muntah susu. Apa yang saya thau itu dinamakan baby reflux. Cuba tinggikan kepala dan bahunya kerana injap esofagusnya belum cukup matang nak halang susu dari keluar balik.
Menarik sepanjang March
hi doc. my 5y.o kid kena beguk, before i manage to get her 2nd mmr dose...paed said no need to apply nila + cuka. she was given pcm only to reduce pain. will she be ok knowing that other risks such as meningitis, deafness, etc...i kind scared
salam dr,
anak sy baru 4 bulan sudah kena cacar air. adakah kerana dia lewat 2 minggu dpt suntikan vaksin pada umur 3 bulan (kerana demam)
Jika vaksin diambil, confirm anak akan bebas dari penyakit inikah? ada orang kata, chicken pox memang akan kena at least sekali seumur hidup.
Post a Comment