Friday, March 05, 2010

Vaksin kombinasi untuk penyakit Beguk, Campak, Rubella (MMR) dan Cacar air (chicken-pox)

Campak (Measels):



Ruam pada penyakit measles (campak)


Campak disebabkan virus measles yang meyebabkan demam tinggi, sakit tekak yang teruk dan ruam pada seleuruh badan. Virus ini juga boleh meyebabkan jankitan pada paru-paru dan otak.

Beguk (Mumps):

Virus mumps meyerang kelenjar parotid yang terletak pada bahagian antara depan telinga dan pipi. Ia meyebabkan demam dan bengkak serta sakit pada bahagian kelenjar ini. Komplikasi pada bahagian testis juga boleh berlaku pada kanak-kanak lelaki apabila virus ini meyerang bahagian testis.

Rubella:
Virus rubella meyebabkan demam dan ruam pada badan. Jika ibu yang mengandung mendapat penyakit rubella ini , anak dalam kandungan boleh mendapat komplikasi seperti keguguran, kecacatan dan masalah jantung.

Cacar Air (Chicken-pox):


Ruam berair pada cacar air.

Cacar air disebabkan oleh virus varicella. Ia meyebabkan demam dan ruam berair pada badan terutamanya pada bahagian muka dan badan. Ia juga boleh meyerang bahagian paru-paru dan otak.



Vaksin MMR+V

Sebelum ini vaksin MMR (Mumps/Measles/Rubella) diberi apabila kanak-kanak mencapai umur 1 tahun. Vaksin cacar air (Varicella) diberi selepas itu ie; 2 suntikan berasingan.

Sekarang ini terdapat vaksin kombinasi untuk keempat-empat peyakit ini dalam satu suntikan (MMR+V). Vaksin ini diberi apabila kanak2 mencapai umur 1 tahun dan diberi sekali lagi apabila mereka berumur 4-5 tahun. Ini adalah kerana pada waktu ini kebanyakan mereka sudah memasuki tadika dan terdedah kepada persekitaran yang berisiko untuk mendapat pelbagai peyakit.

Anda boleh bertanya doktor pakar kanak2 anda mengenai vaksin in.