Friday, February 05, 2010

Si manja anda nampak pucat..


Sel2 darah merah .

Keadaan kanak-kanak yang pucat (pale child) yang disebabkan kekurangan paras Hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah dikenali sebagai anemia. Anemia boleh terjadi jika penghasilan sel2 darah merah kurang, boleh juga terjadi jika sel2 darah merah ini termusnah dalam kadar yang lebih tinggi daripada biasa ataupun jika terdapat kehilangan darah.


Tanda dan gejala anemia:
1. Nampak letih dan tidak bersemangat.
2. Kekurangan selera makan.
3. Tidak aktif seperti kanak2 yang lain
4. Kurang konsentrasi semasa belajar
5. Kadar denyutan jantung yang tinggi
6. Senang susah bernafas terutamanya apabila melakukan aktiviti lasak
7. Nampak pucat- lebih ketara pada bahagian tapak tangan dan kaki dan juga pada bahagian dalam kelopak mata (conjuctiva).
8. Pembengkakan pada hati dan limpa.

Peyebab Anemia:
Kekurangan zat besi dalam diet adalah peyebab utama anemia. (iron deficiency anemia). Makanan yang kaya dengan zat besi adalah seperti buah-buahan, sayuran hijau, kuning telur dan makanan yang diperkaya dengan zat besi

Jangkitan cacing (terutamanya cacing kerawit - hook worm) juga boleh meyebabakan kekuranagn zat besi seterunya meyebabakan anemia.

Kekurangan asid folik dan Vitamin B12 juga boleh meyebabkan anemia.

Peyakit seperti Thalasemia (samada Thalasemia major/minor atau pembawa) juga boleh meyebabkan anemia dan perlu megetahui sejarah keluarga samada terdapat keluarga lain yang mengidapi Thalasemia ini kerana ia adalah peyakit genetik (keturunan/ baka).

Kekurangan enzim G-6PD juga boleh meyebabkan anemia jika kanak2 tersebut terrdedah kepada bahan2 yang boleh meyebabkan sel2 darah merah pecah seperti kacang parang dan sesetengah ubat. Ujian G-6PD ini dilakukan semasa bayi lahir dan akan beritahu kepada ibu bapa jika anak mereka kurang enzim tersebut.
Peyebab lain anemia seperti masalah sum-sum tulang, masalah buah pinggang dan peyakit kronik yang boleh dikenalpasti melalui ujian2 tertentu .

Ujian darah utuk anemia:

1. Ujian Paras Hemoglobin darah merah.

Ujian ini adalah untuk memastikan kewujudan anemia. Parasa Hb normal berbeza megikut umur kanak-kanak. Biasanya jika paras Hb di bawah 8 g/dL kanak2 tersebut sudah nampak pucat.

2. Ujian morfologi sel2 darah merah (full blood picture-FBP)


FBP menunjukkan keadaan sel2 darah merah yang kekurangan zat besi

Ujian ini bagi memastikan bentuk sel2 darah merah dan kadar kemerahannya. Peyakit2 tertentu seperti Thalasemia mempunyai sel2 darah merah yang agak berlainan daripada sel2 darah merah normal.

3.Ujian paras zat besi dan feritin dalam dalam

Ia dilakukan untuk memastikan tahap zat besi dalam darah

4. Ujian Hb electrophoresis

Ujian ini adalah ujian khusus dilakukan bagi memastian samada kanak2 tersebut mengidapi Thalasemia atau tidak dan jenis Thalasemia yang terlibat.

Ujian-uajian lain yang difikirkan perlu jika ujian2 di atas adalah normal.

Rawatan Anemia:
Jika Hb kanak2 yang terlibat terlalu rendah (<6 g/dL) dan mempunyai tanda2 seperti susuah bernafas, denyutan jantung laju, terlalu lemah; maka pemindahan darah perlu dilakukan selepas megambil sampel2 darah untuk ujian2 diagnostik seperti yang dinyatakan di atas. Pemindahan darah ini perlu untuk menstabilkan keadaan kanak2 tersebut. Rawatan selanjutnya bergantung kepada sebab anemia yang terlibat. Jika kekurangan zat besi, rawatan dengan suplement zat besi akan menaikkan semula Hb mereka.