Thursday, January 21, 2010

Tips untuk permakanan yang sihat bagi si manja

Apabila si manja berumur 6 bulan ke atas, permakanan tambahan perlu bagi memberi nutrient (zat makanan ) yang optimum untuk tumbesaran mereka. Walaubagaimanapun sesetengah bayi tidak memberi respond yang memuaskan apabila diberi makanan tambahan. Begitu juga bagi kanak-kanak yang berumur 1 tahaun ke atas ramai ibu bapa meghadapi masalah untuk memujuk mereka supaya makan.." mereka lebih suke main dari makan..." keluhan sebegini biasa didengar daripada para ibu bapa.
Di bawah ini disenaraikan beberapa tips yang boleh digunakan bagi membantu para ibubapa dalam menangani masalah ini.

1. Permakanan seimbang.
Cuba pastikan diet yang disediakan untuk simanja adalah seimbang (rujuk Piramid Makanan). Ini adalah bagi memastikan simanja anda mendapat zak makann yang seimbang dari segi karbohidart, protein, lemak , mineral etc.


2. Pastikan ada kepelbagaian
Si manja mudah jemu jika diberi diet yang sama setiap masa dan setiap hari. Oleh itu perlu dipelbagaikan untuk memberi kelainan rasa pada mereka dan tidak bosan dengan menu yang sama setiap hari.

3. Optimunkan zat makanan.
Cara masakan yang boleh meoptimumkan zat makanan perlu digunakan setiap kali meyediakan makanan simanja anda. Sesetengah cara masakan boleh menghilangkan zat atau nutrient yang ada pada makanan tersebut dan ini kalau boleh perlu dielakkan.

4. Merancang Menu Makanan Sihat.
Setiap hari perlu ada plan utuk makanan sihat si manja supaya dapat meyediakan makanan yang berkhasiat dari awal seperti semasa ke pasar boleh memilih dengan betul apabila sudah ada perancangan daipada awal.

5. Mengalakkan waktu makan yang tetap
Waktu makanan yang tetap (regular) perlu bagi memastikan si manja tahu dan bersedia terlebih awal dan biasa dengan waktu tersebut. Ini menjadikan waktu makan adalah rutin yang perlu ada pada setiap hari.

6. Persekitaran sihat dan selamat.
Tempat peyediaan makanan dan tempat makan perlu berada dalam persekitaran yang sihat dan selamat untuk anda dan si manja anda. Benda2 tajam seperti pisau atau garpu pastikan tidak berada pada tempat yang boleh dicapai oleh simanja anda, begitu juga dengan air panas etc.

7. Menjadikan masa makan masa yang gembira.
Jika si manja mendapati waktu makan adalah masa yang megembirakan sudah pasti dia akan tertunggu2untuk waktu tersebut. Memaksa si manja makan adalah kaedah yang biasanya tidak memberi kesan yang baik terhadap sikap simanja pada makanan.

8. Cuba mencari sebab masalah permakanan.
Jika simanja ada masalah seperti tidak suka sesuatu makanan, sakit perut apabila makan makanan tertentu, cirit birit etc..maka perlu dipastikan samada dia alah (allergic) terhadap makanan tersebut atau ada masalah yang lain. Jika perlu boleh membawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

9. Memastikan anak makan apabila dia sakit.
Jika si manja sakit, pastikan kita memberi makanan kepadanya walaupun mungkin tidak sebanyak waktu dia sihat. Ini adalah kerana waktu sakit badan perlu lebih nutrient bagi melawan jangkitan dan untuk untuk digunakan semasa tempoh peyembuhan.

10. Memantau perkembagan fizikal si manja
Memantau berat atau Body mass index (BMI) si manja perlu bagi memastikan perkembagan fizikalnya adalah selari dengan umur mereka. Jika didapti perkembgangan fizikalnya lari daripada julat normal maka perlu diselidiki kenapa atau membawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.


Jika si manja anda masih tidak menyukai makanan tambahan , jangan berputus asa, cuba lagi dan lagi..insya Allah dia pasti dapat permakanan yang optimun dengan kesungguhan kita..dan jangan lupa berdoa untuk kesihatan mereka ...

22 comments:

mama najwan said...

salam dr

Saya ada anak b'umur setahun. Boleh x saya beri dia Scott Emulsion sebagai makanan tambahan?

terima kasih

Saiful Bahri said...

Wa'alaikum salam.

Tiada masalah untuk memberi makanan tambahan sedemikian. Walaubagaimanapun anak perlu untuk dilatih supaya dapat makan megikut keperluan seperti di dalam piramid makanan.Ini bagi membolehkan dia mendapat zat makanan yang seimbang.

Sekian.
Dr Saiful

suraya said...

Salam Dr.

Saya mempunyai seorang anak yang berumur 1thn 6bln. Sejak lahir anak saya mempunyai penyakit berkaitan jantung iaitu Tetralogy of Fallot. Anak saya xnak makan.kalau makan pun cuma sikit je.Berat dia sejak usianya 7bln cuma 8kg saje.Amat susah nak naik cos dia xnak makan.Dah mcm2 resepi saya cuba tapi hasilnya tetap sama. Saya risau cos dia nampak kecil & still xboleh berjalan sendiri lagi..hanya bergantung pd supporter.tetapi dia nampak sihat & ceria cuma kdg2 biru. Saya masih follow up di IJN & GH. Harap Dr tolonglah berikan tips2 apa yg patut saya buat utk tambahkan selera makan anak saya.
Terima kasih.

Saiful Bahri said...

W'salam Pn Suraya.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah jantung seperti anak puan bisanya mempunyai selera yang agak kurang. Suplement seperti multivitmain boleh diberi di samping cuba mendapat khidmat nasihat pakar pemakanan (dietitian) untuk meoptimumkan pemakanan anak puan.

Sekian. Dr Saiful

maz said...

salam dr.
anak saya berusia 9bln.patutkah saya masukkan sedikit garam sebagai perasa?

maz said...

salam dr.
anak saya berusia 9bln.setiap hari saya masakkan bubur nasi utk dia.patutkah saya masukkan sedikit garam sebagai perasa supaya anak saya berselera utk makan.

sekian,terima kasih

JezzBoyz said...

Assalamualaikum.. Saya Dari Blog RAJA PENAWAR MENCADANGKAN SNE permakanan untuk diambil oleh semua golong. SNE ini selamat untuk dimakan kerana ia bebas dari bahan kimia. Jika Ibu mengandung menngambil SNE sebagai PERMAKANAN harian di masa die mengandungi. dia akan mendapat anak yang sehat serta ceria dan kuat... jika ada masa sila layari blog saya.. http://superpenawar.blogspot.com

Anonymous said...

salam doc,
saya baru melahirkan bayi ke-3, 2 minggu lalu. masalahnya, bayi saya tidak mahu berhenti menyusu (susu badan) seperti masih lapar. sudah 3 hari perkara ini berlaku dan saya tidak dapat berehat dan tidur dgn cukup. saya memriksa sama ada tiada susu, tetapi apabila saya memicit, ada susu yg keluar. najis bayi saya juga adalah normal dan kerap membuang air besar.

eva gr3en of me said...

Salam doc,

Bayi saya baru berusia 3 bulan lebih. Masalah saya, ibu mertua sudah beri bayi sy makan nestum.. selain tu, beliau suka suap makanan ke mulut bayi saya..walaupun sikit, tp sy takut effect pd anak saya.
apa pandangan doc?

Anonymous said...

salam,

Anak saya berumur setahun lima bulan, bayi saya selalu muntah selepas menyusu,kerap kembung perut kadang kadang sampai terkentut. Sudah 3 hari masih belum sembuh. Demam jugak, sudah diberi ubat demam. Adakah ini salah satu simpton gigi mahu keluar?

Aini Razali@ Ainor said...

Assalammualaikum doktor,
saya Aini seorang ibu kepada 2 anak. masalahnya anak saya yang bongsu (lelaki, 20 bulan) tidak mahu makan.
untuk makluman, dia putus susu badan semasa berumur 14 bulan, sehingga kini mengharapkan susu+nestum dalam botol sebagai makanannya. dia tidak mengutip barang di lantai untuk dimakan. tetapi dia mengutip makanan di pinggan, mencubanya dan terus menolak keluar dari mulut menggunakan lidah. tabiat buruknya dia suka masukkan jari dalam mulut dan akhirnya seperti mahu muntah.
sekarang saya cuba bagi dia lapar dan suapkan bubur. masalahnya dia menolak dan mengeluarkan bubur dari mulut menggunakan lidahnya. bolehkan doktor beri panduan untuk mengatasi masalah ini?

biha said...

makanan tambahan seperti bubur nasi boleh tak disimpan dalam peti ais dan dihangatkan kembali untuk deberi kepada bayi ( umur 11 bulan )?

umie wafa wafi said...

assalam dr.saya ada anak berusia 5thn...dia disahkan menghidap talasemia jenis beta....sekarang dah bersekolah dan saya dapati pemikiran dan pergerakannya lambat....adakah ia salah satu kesan dari penyakitnya? saya susah hatilah...
wasslam.

watie said...

Salam Doc,

Saya mempunyai anak berumur 1 tahun 7 bulan. Masalah dia, dia masih tak nak makan nasi...dia hanya nak kan bubur yang dicampur dgn sayur2 dan ayam (tp saya buatkan tak terlalu lembut lah). Bubur tu pun kadang-kadang dia tak nak makan..boleh tak doc berikan cadangan lain untuk menarik minat dia makan?

JULIA JAMALUDDIN said...

salam doktor saiful..
sy ada ank umur 2taun 2bln..die mngalami gatal2 badan yg teruk..iaitu ezema..sebelum dia umur 2taun sy bg dia susu badan slps tukar kpda susu formula trus gatalnya makin teruk..apa yg sy bleh buat tuk mngawal kegatalan ni?

Anonymous said...

Salam doc Saiful. Anak lelaki saya berusia 9 tahun lebih. Dia adalah budak lelaki yg normal bole makan apa sahaja. Hingga bulan July 2012 dia mempunyai masalah tonsil n dua2 tonsil telah pun di buang. Sejak dari itu dia ada phobia untuk makan semula. Tak mahu makan nasi, roti dan sebagainya. Dia hanya minum susu pediasure. Bila saya tanya....tidak kah dia lapar lantas dia angguk kepala. Dia lapar tapi dia bole tahan. Saya dan family telah menasihatinya.... Tetapi gagal. Dia masih keras kepala tidak mahu makan juga. Hingga saya n kluarga tiada idea lagi. Apa yg harus kami buat doc? Terima ksih. Rozita.

Atikah said...

As salam doc,

Baby saya masuk 7 bulan, pada umur 6 bulan dahulu saya tlh memberikan cereal dan bubur nasi kpd dia, ttp masalah nya dia mengalami kembung2 perut dan ubun2 yg cengkung (ke dlm). Setelah 3 minggu berlarutan saya mengambil keputusan utk menghentikan pengambilan kedua2 makanan tersebut walaupun dia nampak berselera sgt untuk makan. Masalah kembung perut tersebut masih lagi sehingga ke hari ini...Mohon nasihat drp Doc...

Anonymous said...

Salam doktor,saya mempunyai mslh..anak sya berumur 1thn 5bln..anak saya masih kerap mengalami msalah kembung perut yg mana perutnya selalu kembung,keras yg menyebabkn dia selalu merengek kesakitan dn tidak selesa..sya nk tahu doktor cara nk merawatnya dan punca kenapa dia jd begitu..

Anonymous said...

Anak saya kurang darah sehingga 8.1 saja ..umur 8 bulan apakah masalahnya saya tidak ada keturunan atau saudara yang menghidap kurang darah tolong ya...

Anonymous said...

tolong saya... anak sy baru 3 bulan setengah tp dia dh xnk minum susu. minum if terlalu lapar je n kuantiti sedikit. sgt risau

mamasyafi said...

Salam Dr

Perkongsian yang menarik...

Jemput melawat blog saya juga

www.mamasyafi.wordpress.com

nursyazwani said...

assalammualaikum doctor, saya ada anak berumur 3 tahun dan sukar untuk makan. apabila makanan dimasukkan ke dalam mulut, dia akan mula menunjukkan tanda nak muntah. dan adakalanya muntah. adakah tanda tanda seperti ini berbahaya?