Thursday, January 07, 2010

Ruam pada bahagian sulit si manja

Si manja yang berumur setahun ke bawah terutamanya, senang mendapat ruam pada bahagian sulit mereka. Ini adalah kerana keadaan kulit mereka yang sensitif dan keadaan lembab pada kawasan tersebut. Ada beberapa jenis ruam yang boleh terjadi dan rawatannya adalah berbeza-beza.

1. Jankitan kulat (Candidasis)


Gambarajah menujukkan jangkitan candidasis pada bayi


Candidasis adalah sejenis jangkitan kulat (candida spp) yang kerap terjadi pada bahagian kulit bayi. Keadaan kawasan sulit bayi yang agak lembab meyebabkan candidasis ini senang terjadi pada bahagian ini. Ini meyebakan kulit manjadi merah dan gatal. Terdapat ruam berbiji-biji halus (settelite lesions) pada kawasan yang terlibat. Rawatan adalah dengan menyapu ubat kream anti-kulat (anti fungal cream) dan memastikan kawasan ini tidak terlalu lembap dengan menukar lampin bayi setiap kali bayi membuang air.


2. Ruam kerana cirit birit

Jika si manja mendapat jankitan virus pada usus, cirit-birit boleh terjadi dan ini meyebabkan kulit pada bahagian sulit dan punggung si manja merah dan pedih. Bayi akan menangis kesakitan apabila bahagian ini terkena air dan perlu untuk menukar lampin setiap kali bayi cirit bagi memastikan keadaan ini tidak bertambah teruk. Rawatan kream zink oksida (zinc oxide cream) boleh disapu setiap kali menukar lampin bagi megurangkan keadaan ini.


3. Alah pada lampin pakai buang.

Sesetengah bayi alah atau alergik pada lampin pakai buang dan ini dikenalpasti apabila ruam kemerahan terdapat selalunya pada bahagian peha luar bayi tempat di mana lampin ini mencengkam peha bayi. Rawatan adalah dengan menukar jenis lampin pakai buang yang lain di samping meyapu kream untuk ruam alergi.



4. Kekurangan zat mineral zink.


Kekurangan zat mineral zink
Kekurangan zat zink jarang berlaku pada masa ini disebabkan bayi selalunya mendapat zat zink secukupnya dalam susu ibu atau susu formula. Ruam ini melibatkan kawasan yang agak besar dan megelupas dan biasanya tidak basah. Sekeliling ruam ini agak kering dah berkopeng. Rawatan adalah dengan memberi zat zink pada diet bayi dan membuat ujian darah bagi megetahui tahap kekurangan zat zink ini.

4 comments:

oja said...

salam doc....anak saya mengalami ruam yang tidak teruk.....tp kerap terjadi dan ON/OFF.....kerap menukarkan lampin tp kerap juga terjadi...apa patut sy buat....pemakaian krim drapolene membantu atau tidak?......

satu lagi,nak tanya rambut anak saya kerap gugur sejak die di berikan sejenis ubat antibiotik yang kuat....tp lbh kurg sebulan teah berlalu, masih terdapat keguguran rambut..untuk makluman bayi saya baru berusia setahun...die diberikan ubt sewaktu dijangkiti virus dan demam panas....adakah ini merbahaya.....harap dok dpt membantu.....

Maria Ellyna said...

salam doc..ank saya mengalami ruam kerana cirit birit..kerap juga berlaku..hanya pulih seketika dalam 2 ke 3 hari dan akan menjadi semula ruam tu..anak saya cirit dan najisnya berwarna hijau gelap..adakah kerana perutnya kembung dan dia mengalami cirit yang sekerap begitu..? hampir bermacam2 krim telah saya guna, semua krim tu saya beli di farmasi. ruam tu masih berlarutan hingga sekarang..
mungkin saya akan mencuba krim zink oksida itu dahulu pada anak saya.. semoga doc akan memberi saya pelbagai lagi petunjuk mengenai masalah penyakit lain bagi bayi yang lahir tidak cukup bulan..

Anonymous said...

as salam....

kalau bab ruam ni.... anak saya just bg ubat sapu 'beparten' aje.... sapu 1 2 kali terus hilang..... ubat ni boleh dapat kat farmasi aje.... tq

mama wana said...

info yang sangat menarik. Penjagaan bayi ni harus sangat teliti & alhamdulillah time maisarah bayi dulu tiada ruam kerana saya memang akan pastikan kebersihan & keselesaan baby.

yang ada ruam, boleh juga dapatkan herbal blend shaklee :)