1. Hydrocele
Hydrocele biasanya dapat dikenalpasti semasa lahir. Ia adalah keadaan di mana lendir pada selaput testis masih belum diserap pada kadar yang sepatutnya. Ini meyebabkan scotum (kantung testis) nampak besar drp biasa.
Jika lendir tersebut tidak banyak tiada rawatan spesifik perlu dilakukan kerana lendir itu akan diserap selepas 3-4 bulan kemudian. Namun jika lendir tersebut agak banyak maka satu pembedahan ringkas perlu dilakukan bagi membuang lendir tersebut.
2. Hernia
Hernia boleh didapati semasa lahir atau kemudian. Ia berlaku apabila otot pada bahagian " hernial orrifice" atau lubang hernia tidak kuat. Ini membolehkan usus memasuki lubang tersebut dan menyebabkan pembengkakan pada pangkal peha atau pada scrotum. Jika hernia agak besar ataupun tidak boleh dimasukkan kembali (irreduceable hernia) maka pembedahan perlu dilakukan bagi membetulkan keadaan ini.

Gambar menunjukkan kaitan antara testis dengan hydrocele dan hernia.

Hydrocele pada scrotum kanan.
- Posted using BlogPress from Dr Saiful's iPod touch

8 comments:
salam doc. anak saya berusia 16 bulan. semasa lahir dia disahkan ada undescended testis. doc beri masa utk testisnya turun ke tempat yang sepatut tp ia masih tak turun. doc pun cadang buat minor surgery utk turunkan testisnya ke tempat yg normal. anak saya dah jlnkan surgery tersebut beberapa minggu yang lepas. soalan saya, adakah testisnya akan berfungsi secara normal selepas diturunkan? apakah kesan jangka panjang kpd anak saya kerana telah mengalami undescended testis semasa baby? adakah keadaan ini akan memberi kesan negatif kepada tahap kesuburannya bila dewasa nanti?
terima kasih atas komen doc.
sekian..
nice blog doctor!!
-pja
Wa'alaikum salam.
InsyaAllah jika testis anak puan telah diturukan, ia boleh berfungsi seperti normal. Testis memerlukan keadaan optimun untuk subur sebab itu ia tidak boloeh berada di dalam abdomen.
Sekian.
Dr Saiful
salam Dr....ingin bertanya sedikit.saya mempunyai anak berusia setahun 5 bln dan bercadang utk mengkhatankan dia.ingin mendapat pandangan Dr tentang apa langkah2/perkara yang perlu diambil berat & cadangan pusat rawatan /kaedah untuk khatan kanak2.terima kasih.
salam DOc,
saya juga mengalami nasib yg sama dgn Anonymous. Umur anak saya dh masuk 14 bulan dan baru2 ini buat ultrasound , disbbkan sblm itu pada usia 9 bulan doktor cuba mencari dgn sentuhan tdk dpt merasainya di bhg abdomen. Hasil u/sound mendpti testis anak saya kejap naik n trn ttp msh di dlm scrotum . selain dari itu testisnya dikelilingi air. Bila berbincang dgn dktr slps itu , katanya zakar anak saya normal, cumanya tangkai testisnya yg pendek tu yg menybbkannya naik-turun.. bila setiap kali buat ujian sendiri di rumah saya tak dpt merasai testis sebelah kirinya itu. Kalau di lihat secara fizikal mmg senget x nmpak normal spt kanak2 lain. Doc ada ckap blh juga buat pembedahan utk menetapkan testis itu berada di scrotumnya, ttp ada risikonya.. saya dlm dilema ni..ni tgh usaha nk dpt 2nd opinion. Apa pandangan Doc ttg masalah saya ini?
salam dr...
sy nak bertanya mengenai masalah angin yg dihidapi oleh anak sy yg kini berusia 6bln..kami telah membawa ke hospital & dr. menegsahkan anak sy tidak mengidap angin pasang..ubatan secara tradisional juga sy dah cuba..kebanyakkan mengatakan perkara yang sama dan memberitahu kami angin sahaja..kadang2 si manja sy akan menangis secara tiba2membuatkan sy risau..adakah sakit ini akan berlarutan sampai dia dewasa kelak?
Salam Doc,
Anak perempuan saya berumur 2 tahun 5 bulan. Sejak lahir lagi apabila setiap kali dia menangis,bahagian sulitnya mesti bengkak. Perkara ini berlaku hanya apabila menangis sahaja. Perubatan traditional telah dilakukan dan dipercayai ia adalah angin pasang,namun perkara ini masih berlarutan. Bolehkah saya tahu apakah punca sebenarnya dan cara untuk mengatasinya serta pantang larang yang harus diamalkan. Sekian,terima kasih.
salam, Dr. bayi saya berumur 5 bulan dan baru sahaja jatuh katil (pertama kali). bayi saya jatuh terlungkup. dahi atas lantai (merah sikit di bahagian berdekatan ubun-ubun). dia menangis kuat dan setelah reda, dia aktif seperti biasa. saya ingin bertnya, ada kemungkinan yang akan berlaku tak?
Post a Comment