Wednesday, November 18, 2009

Si manja jatuh katil


Pada umur anak 5 bulan ke atas si manja anda sudah boleh bergolek2 jadi perlu pengawasan yg lebih supaya si manja anda tidak terjatuh.

Jika si manja anda terjatuh tanda2 berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda2 tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan

Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh.



Lebam pada bahagian belakang telinga.



CT Scan menjunjukkan perdarahan ( bahagian putih) pada bahagian otak

- Posted using BlogPress from my iPod touch

42 comments:

Anonymous said...

salam doc. 5 hari lepas anak saya, berumur 15 bulan jatuh dan terhantuk bahagian atas dahinya dekat bucu meja. lepas jatuh tu ada benjol. lepas saya sapu minyak angin beberapa kali benjol pun surut. tp sekarang bahagian atas dahinya ada tanda lebam berwarna sedikit kebiruan. selain tanda lebam ini, anak saya takda menunjukkan kesan atau perubahan lain pada fizikal dan kelakuannya. dia tetap aktif mcm biasa. adakah tanda lebam tu menunjukkan sesuatu yg tidak elok? atau lebam tu adalah tanda yg normal dan akan hilang? sekian soalan saya.
tq. doc.

nisha

Saiful Bahri said...

Wa'alaikum salam Pn Nisha.

Tanda lebam (Bruise) selepas terjatuh adalah disebabkan perdarahan pada bahagian tisu lembut pada kulit. Jika tiada tanda2 yang saya nyatakan, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Sekian.Dr Saiful

Anonymous said...

Salam Dr. Saiful,

Saya ingin bertanye mengenai penyakit broncho pnumonia. anak saya dah dua kali kena admit di hospital disebabkan broncho pnuemonia. pertama kali semasa berumur 8 bulan dan kali kedua, baru2 ini semasa berumur 1 tahun 3 bulan. soalan-soalan saya:-

1) bagaimanakah seseorang bayi boleh dijangkiti broncho pnuemonia? adakah ia penyakit yg serious dan boleh membawa kesan yg teruk kepada bayi??

2) adakah sebarang imunisasi atau supplement yang boleh diambil oleh bayi bagi mengelakkan penyakit broncho pnuemonia ini?

sekian soalan saya buat masa ini. harap Dr. Saiful dapat membantu. terima kasih.


regards,
nisha

Saiful Bahri said...

Wa'alaikum salam Pn Nisha

Bronchopnemonia adalah merujuk kepada jangkitan virus atau bakteria pada salauran pernafasan bawah dan paru2. Kanak2 boleh dijangkiti melalui pernafasan virus/ bakteria yg berada diudara. Tanda2 bronchopnemonia adalah demam, susah bernafas, dan tanda2 pemeriksaan klinikal paru2.

Jika anak kerap mendapat peyakit ini perlu dipastikan samada dia mempunyai paru2 yg sensitif atau asthma kerana jika keaddan ini tidk dirawat dia akan senang mendapat bronchopnemonia.

Vaksin pnemococcal adalah digalakkan bagi untuk megelakkn anak srp mendapat bronchopnemonia yg disebabkan bakteria strep pnemoniae.

Dr Saiful

Anonymous said...

Salam Doc.
Saya Wan, ingin mendapatkan pandangan Doc berkenaan anak saya yang berumur 38bulan. Beliau masih belum dapat bercakap dengan betul ie tdk boleh buat ayat. Sebutan perkataan ibu, ayah, sakit, susu, dan kiraan 123/ABC jelas dan lancar. Cth: apabila dia mahukan sesuatu beliau tidak boleh buat ayat dan tidak tahu nak guna perkataan apa. Beliau hanya sebut sesuka hati iatu tiada langsung bunyi perkataan Melayu/English. Soalan saya bilakah kanak2 sepatutnya mula bercakap? adakah anak saya normal. Mohon pandangan Doc & jutaan teriam kasih diucapkan.

Saiful Bahri said...

w'salam wan,
perkembangan percakapan tidak sama pada setiap kanak2. Pada umur 3 thn kebanyakan kanak2 mmg boleh membuat ayat2 mudah . Wbgaimanapun anak Wan boleh meyebut perkataan . ABC dan no dgn jelas, ini merupakan keadaan yang bagus. Saya pasti dia akan dapat membuat ayat pada masa akan datng. Rangsangkan lagi dia dengan bercakap perlahan2 dan jelas utk dia meniru percakapan kita. Jika tiada perubahan dalam masa 6 bulan perlu membawa berjumpa doktor pakar utk pemeriksaan lanjut.

Sekan. Dr Saiful

Anonymous said...

Salam DOC.
saya berasa lega dengan kenyataan DOC. sekiranya masih tiada perubahan saya akan bawa berjumpa pakar seperti yang disarankan oleh DOC. tqvm

Anonymous said...

Salam dr,
anak saya baru 3 bulan. semalam kepalanya (bgh tepi kanan) kena ketuk dengan h/p oleh kakaknya (usia 1 thn 6 bln). lepas kena ketuk tu dia nangis kuat dan muntah sikit. kebetulan dia baru jer lepas menyusu. lepas tu dia diam dan ada kesan merah sedikit kat tepi dahinya. n semalam dia tido elok dan bangun pagi pun elok mcm biasa. saya takut ada kecederaaan kat otak baby saya tu. mcm mana yer dr. saya sgt risau. perlukah saya bawak dia jumpa dr. untuk scan kepalanya.
terima kasih.

Saiful Bahri said...

W'salam
Jika dia ok jer x de muntah2 lagi, aktif,,susu cam biasa x perlu dirisaukan.

Sekian
Dr Saiful

Pn Anis said...

Salam Dr,

pagi tadi anak saya berumur 11 bulan jatuh katil. keluar darah sedikit dari hidungnya.
Tanda2 lain spt benjol, lebam, muntah tidak ada. Dia menyusu spt biasa dan aktif. Perlukah saya bawa anak saya untuk scan?

terima kasih.

Saiful Bahri said...

Wa'alaikum salam Pn Anis.
Darah yg keluar boleh jadi kerana luka semasa jatuh...jika anak puan aktif, menyusu seperti biasa dan tiada muntah2..puan boleh pantau dia di rumah..jika puan agak risau boleh membawa dia berjumpa doktor terlebih dahulu untuk pemeriksaan lanjut.

Dr Saiful

Anonymous said...

Salam dr,

anak saya berusia 5 bln. ada tanda lahir sebelah atas kiri mata nya - hemagioma. tanda tu semakin membesar dan sekarang mata ank saya kelihatan sepit. saya ingan dapatkan nasihat dr untuk rawatan manghilangkan atau mengurangkan tumbesaran tanda itu. saya berasal dari melaka. terima kasih.

Anonymous said...

Salam dr,

anak saya berusia 5 bln. ada tanda lahir sebelah atas kiri mata nya - hemagioma. tanda tu semakin membesar dan sekarang mata ank saya kelihatan sepit. saya ingan dapatkan nasihat dr untuk rawatan manghilangkan atau mengurangkan tumbesaran tanda itu. saya berasal dari melaka. terima kasih.

Saiful Bahri said...

Wa'alaikum salam.

Jika hemangioma tersebut besar dan mengganggu penglihatan maka boleh dibawa berjumpa doktor pakar kulit kanak2 (Paediatric dermatologist)untuk rawatan lanjut seperti rawatan laser.
Puan boleh membawa anak puan berjumpa doktor pakar kanak2 atau pakar kulit dahulu.

Sekian. Dr Saiful

Mummy Zara Sofea said...

doc, anak sy jatuh katil semalam..die berusia 6 bulan..selepas jatuh, die menangis..sy check kepala die dan tiada apa2, tiada muntah , dan sebagainya..

saya nk tanya, ada effect ke dlm kepala anak saya?takut gegaran otak...

Saiful Bahri said...

Jika anak tidak menunjukkan tanda2 seperti yang saya nyatakan,,boleh pantau dalam 24 jam,,,insyaAllah dia ok,,cume kena hati2 lain kali
Jika risau boleh membawa berjumpa doktor

Dr Saiful

Saiful Bahri said...
This comment has been removed by the author.
A Mommy to little boy said...

Salam doc,

Anak sy ada jatuh dr sofa 2 hr lepas, kesan benjol kecik saje, bgn dr tido esok pg nye mata anak saya bengkak dibawah mata, dan mata merah2, sy sgt bmbang, adakah itu kesan drpd jatuh dr sofa?

Anonymous said...

As'kum Doc,


Anak saya berumur 1thn 6 bln.semalam dia terjatuh dari katil dan kena kepala.dia menangis tetapi tiada kesan luka pada kepala.dia juga tidak muntah.Apa yg membimbangkan sy adalah,ini bukan kali pertama dia jatuh..dalam 3 kali dah dia terjatuh.tp kali nie terkena kepala dia.sebelum nie dia jatuh terkena dahi dan mulut..sy sgt risau.Apa yg perlu sy lakukan doc?

shida said...

Assalamualaikum......

Doc.....anak saya berusia 8 bulan dan merupakan baby pramatur kerana lahir pada penghujung usi kandungan yang ke 8 bulan .Pada usia menjangkau 5 hingga ke 8 bulan dia, Kerap terjatuh dalam posisi terlentang ,apabila cuba berdiri sendiri dengan berpegang pada dinding mahupun objek yang berdekatan.Saya pun tak berapa ingat berapa kali dia jatuh dalam posisi sebegitu.....memang banyak kalilah....dan untuk pengetahuan doktor anak saya memang kurang berat badan dan dinasihati doktor supaya beri pemakanan yang baik.Beratnya kini hanya 6 kilo tidak setanding usia.Dia memang aktif walaupun bertubuh kecil.Keadaan ini mungkin disebabkan dia sering alami refluk dan banyak mengumpul lendir dalam paru-paru dan tekak.Tetapi apa yang menjadi kemusykiln saya, saya risau adakah baby sebesar ini ,akan mendapat kesan negatif akibat selalu jatuh dalam posisi sebegitu.Dia selalu terjatuh atas lantai yang bertile dan parkir di rumah walaupun saya berada di bawah pengawasan org dewasa.saya pernah bawa berjumpa doktor dan beliau berkata tidak perlu risau .Apabila terjatuh saya memang akan membuat pemantauan selama 24 jam.Cukup saki t hati,kerana dalam sehari dia boleh jatuh sebanyak 2 hingga 3 kali sehari.Adakah terdapat kesan jangka panjang............

Anonymous said...

From: UMi Norzee

Askum..Doktor.Anak saya berumur 4 bulan.Tapi saya risau la pasal badan baby saya ada lebam2 color hijau/biru kat bhgian dada, telinga,pahadan kekadang kat punggung.Kerap jugak la.Tapi tidak dinafikan la kulit baby saya nipis dan sensitif.Di bhgian punggung yg sebelum ni ade lebam telah muncul sesuatu seperti bisul/isi menjadi keras.Sy pernah tanya dengan Doktor,Doktor cakap lemak terkumpul dan menjadi keras.Persoalannye,adakah doktor mengetahui jawapan bg kemusykilan saya dan apakah kesan jangka panjang....

baby in d House said...

Salam Doc.. saay mempunyai anak berusia 1thn 1bln.. semalam (22/11) dia terjatuh. tinggi jugak la..dia menangis, setelah dipujuk dia berhenti dan saya bg mkn, ida mkn mcm biasa..
hari ni, keadaan dia mcm biasa. mkn, minum dan aktif seperti selalu.. tetapi ptg ni (6.30ptg) saya bg susu.. sambil dia minum susu, dia muntah.. kemudian, saya mandikan dia dan dia tertidur. badan dia panas (demam)
Melalui tanda muntah tersebut, adakah kemugkinan anak saya mengalami kecederaan otak?
TQ

Ida

Koleksi Saiff Dzulfiqar said...

as salam semua, i pun mempunyai masaalah yang sama dengan u allz...anak i selalu sangat jatuh...dari umur 8 bulan sudah berapa kali jatuh katil, kalau tak selap dalam 4 kali...tapi alhamdulillah tak der muntah2...sekarang ni baru pandai berjalan asyik jatuh terlentang ke belakang..bimbang sangat dengan kepala dia tu..sedih sangat memikirkan pasal ni, i selalu salahkan diri i sendiri kalau anak i jatuh...pernah sekali hari tu dia naik atas sofa , kepala dia terhantuk kat tepi meja, lepas tu badan dia jatuh kat lantai...lepas tu i cek telinga dia bengkak dan ada lebam berdarah...mungkin tepi meja tu terkena pada telinga dia...i risau sangat dengan anak i ni...doc boleh tak tolong leraikan kerisauan i ni....tq

Anonymous said...

salam doc
saye nak tanya ank sy jatuh dkt lantai bilik air 4 hari yg lepas
jatuh dia nangis..kepala terhantuk kat lantai mozek
kemarin dgn hari ini dia muntah2 dan baby selalu nangis kuat2 sampai menjerit2..
perlu kah saya bawa ank saya buat scan
dkt hospital mana..?

Anonymous said...

assalamualaikum doktor..saya nak tanya mengenai penyakit cah..
begini doktor saya mepunyai seorang anak dan menghidap penyakit conginental adrenal hyperplasia dan ambigous genitalia.persoalan saya ialah adakah jika saya ingin mengandung dan ia akan berlaku lagi pada anak saya yg ke2,kerana doktor yg merawat saya mengatakan kemungkina 25% akan berlaku lg...saya ingin penjelsan dr doktor.terima kasih...

Ibu Afiqah said...

Salam Dr Saiful,

Anak sy berumur 7 bulan lebih. Kelmarin dia terjatuh dan bahagian belakang kepalanya terkena pada lantai. Saya dapati di bahagian yang terjatuh tersebut seperti menjadi lembut. Adakah ini memberikan kesan yang merbahaya terhadap anak sy?

mama marissa said...

salam dr. saiful,
saya ingin bertanya..12hari yang lalu anak saya telah jatuh katil setinggi 2kaki..anak saya berusia 7bulan1/2..saya telah membawa ke klinik dan tiada kesan muntah@lebam spt yg dinyatakan di atas..namun apa yang merungsingkan saya ialah kenapa benjol didahinya tidak surut?tidak ada kesan lebam,,cuma benjol besar dan lembut bila dipegang..adakah ia merbahaya?harap doc dpt membantu..terima kasih.

Anonymous said...

salam doc

nk tnyer la....ank sy 8bln n dia jth katil...
lps jth ktil tu baby sy tak ble cntrol air liur yg kluar....bg susu pun tak nk kcuali dh lpr sgt....hrp doc ble mmbntu...

AISY said...

salam dr.
saya mempunyai anak berusia 1tahun 4bulan...anak saya kerap cirit-birit dan mengambil masa yg lama untuk sembuh... sekarang ini dia cirit-birit semula dah 2minggu.. saya bagi air garam yg telah diberi oleh dr di klinik.. tapi anak saya tknk minum ade cara lain untuk saya buat bg memberhentikan cirit birit itu???
TOLONG,saya doktor kerana anak saya kelihatan lemah dan kurus...dan langsung tidak aktif...

terima kasih...

hot mama said...

salam dr.
saya nak tanyala ...anak sy berusia 5 bulan jatuh semalam...tp sy tgk dia ok je...masih aktif..adakah kesan yg dok ckp semua itu terus nampak ataupun nak tunggu berapa lama?

Anonymous said...

salam doktor, anak saya umur 4tahn, kwan nya di tadika tolak dia sampai jatuh menyebabkan kpl dia ada kesan benjol dan kulit kepala di kwsn benjol ada sedikit luka luaran, kemudian petang yg sama dia mengadu skt kepala, skt perut then muntah sbyk 2 x. bg panadol syrup muntah lagi 2 x, kemudian suhu bdn panas, xboleh tidur lena waktu malm itu, bg ubat pun muntah semula, hr esok suhu da turun skit, tp blkg telinga xda tanda kebiruan cuma dah msk 4hr dia demam, muntah sudah tdk ada lagi cuma sy lihat anak saya tu bibirnya jd kemerahan dan kering. bole doktor jelaskan sama ada saya perlu bw anak utk buat imbasan?dktr tsbt cuma buat rwtn sebagai demam biasa sj

Anonymous said...

asskum doc,

post doc sangat berguna untuk panduan saya, nama saya wati dan anak saya baru berumur 1 tahun, dalam jangkamasa ni, mmg banyak kali dia jatuh katil, sekali tu sampai lebam kat dahi, then pagi tadi dia jatuh lagi dengan keadaan mengiring (bahu dan dahi kanan terhantuk kat lantai) lepas dia jatuh tu nangis kejap, dahi kanan lebam, dan ada cecair macam hingus keluar dari hidung. tapi setakat ni dia ok lagi, susu ok, jalan ok, cakap pun ok. patut ke sy bawak jumpa doc?

Anonymous said...

salam doktor , anak saya berumur 1 thn,tengahari tadi die ada jatuh terlentang, slps jatuh die menangis...dan aktif seperti biasa tapi yg membimbangkan saya dibelakang telinga dia ade urat timbul mcm biji angin...haruskah saya bawe die ke hospital tolong doktor reply sy bimbang sangat....
terima kasih...

zaza said...

salam doc...sy nak tanya anak sy berusia 2 thn 6 bulan..baru² nie dia jatuh dari buai...sy tgk dia ok je.tp semalam saya check ade 2 bonjolan angin kat kepala dia bonjolan tue lembut beralih² gerak bila dia usik...adakah itu kesan jatuh buai hari tue?...please doc jwpn masalah sy nie...

Puan.Sima said...

Salam Dr.

Baby saya berumur 6 bulan sekarang, masa umur 4 bulan, jatuh katil terlentang kena lantai marmar, hanya nangis. Lepas tu dia senyum. Tapi dah bawa jumpa doctor and buat pemeriksaan reflex and Alhamdulillah semua okay. Hari ni jatuh lg, ni dah kali ke-4 jatuh katil. Nangis and lepas tu senyum balik. Saya dah risau, bercadang nak bawak jumpa doctor pakar esok. Sebab saya tak nampak tanda lebam,muntah, dll. Saya bimbamng kecederaan dalaman. Harap doctor dapat nasihat apa patut saya buat.

mzi said...

salam Tuan,

Anak saya berumur 3thn lebih. Last 2 weeks dia kena demam selsema. Dah pergi klinik. Demam dah ok. cuma hidung dia tersumbat. So setiap kali dia tidor nafas dia turun naik (susah nak bernafas. Masa tak tidor, dia byk bernafas menggunakan mulut. Saya pergi ke klinik, doktor bagi ubat nostrile (cecair) letak dlm hidung twice daily. And doctor suruh pakai ubat ventoline (astma) cecair dan jugak inhaler. Masa umur setahun dia pernah kena astma. Tapi sampai sekarang, masih lagi susah nak bernafas, masa time tidor. Harap dapat pencerahan dari tuan.

Wassalam
zuhdi

m y n a m e i s l o n a said...

salam Dr,
spt ibu2 dia atas...anak saya 7bulan jatuh dari katil setinggi paras peha secara terlentang...pd awal benjol dia bahagian kiri kepala...tap benjol dh susut cuma bahagian benjol menjadi lembik apabila ditekan spt ubun2 dia sms bayi...apakah kesan dr itu?perlu ke saya membawak ke klinik??kenapa bahagian kepala jadi lembik??harap dr. tolong...erllona83@gmail.com

Anonymous said...

Salam Dr,
mlm td ank sy 13 bln jatuh katil...bunyi kuat sgt ms die jatuh tu...nangis kuat sgt tp pas sy pujuk die pun tido. bile check mmg xde tanda2 yg cam Dr bg tu. Minum susu pun ok...cuma sy rs risau sgt2 skang nie. esok sy bcadang nk bw g klinik tuk check up...aper pandangan Dr. Tq (noraini@alliancefg.com)

~Sha Nomei~ said...

Salam doc,bagus sgt2 info dr doc nie.mintak kebenaran doc untuk copy info doc ini kt blog sya utuk dijdikan rujukan sya..

tq

Anonymous said...

salam doc.
anak sy berumur 3 bulan.anak saya muak susu tetapi keluar lendir darah.adakah ini kerana kerongkong anak saya luka?atau ada penyakit lain?saya sangat bimbang.anak saya juga selalu sesak nafas.saya terpaksa meletakkan bantak yang tinggi supaya dapat mengurangkan masalah sesak nafas.saya ada berjumpa dgn doc pakar.dan anak saya diberi ubat kahak.masalahnya wpun baru 3 bulan,bayi akan meronta2 ketika diberi ubat dan menyebabkan dia ngangis sekuat hati hingga termuntah.adakah baik sekiranya ubat di campur dgn susu?

Anonymous said...

Salam doc…masa anak saya berumur 10 bulan (08.11.2011), dia jatuh katil 1st time tp doc check ok…

Sekarang anak saya berumur 13 bulan…pada 13.02.2012, baby saya jatuh katil kali ke-2 pd pukul 3pm…sya bawak jumpa doc pd mlm nya & doc cakap die ok…baby pun aktif…

2nd day, die ade muntah pd pukul 3pm & 6.30pm…sya bawak lagi jumpa doc yang lain & doc suruh observe kalau masih muntah, x aktif & x mau minum susu atau mkn, trs pg emergency…

3rd day, baby sya muntah slps minum susu, kurang aktif & x mau mkn jd sya bawak pg Emergency…bila doc x-ray,kata nya ok…tp sya mintak die org buat Ct Scan…bila dah buat,Alhamdulillah die ok….

Tapi baru 7 hari sembuh & mlm tadik 22.02.2012(12.30am), anak sya jatuh lagi dari katil & benjol di dahi…sya sempat sambut badan tp kepala dah kena lantai…lepas jatuh,die aktif mcm biasa…skrg sya tgh observe kalau die ade simptom2 mcm sblm nie…

Soalan sya, perlu x sya bawak jumpa doc & buat Ct Scan lagi sekali?tolong lah doc…sya dah x tauk lagi nak wat ape…

terima kasih...

phyllAudrey said...

Salam sejahtera, doctor.. pagi tadi anak saya umur 7 bulan jatuh dari katil, saya risau ada tp tak tau nak buat apa..... tp setakat ni takde tanda2 yg dlm senarai tu. soalan saya perlu tak nak buat scan kat kepala kot2 ade apa2?