Thursday, June 19, 2008

Gastro-esophageal Reflux (GOR) pada bayi



Kedudukan saluran makanan (esophagus) dengan perut



Ujian 'barium swallow' menunjukkan keadaan GOR


GOR pada bayi adalah keadaan di mana otot sphinter pada salauran makanan (esophagus) dan perut masih tidak cukup kuat lagi. Keadaan ini menyebabkan sebahagian susu akan keluar semula (reflux) selepas beberapa minit bayi tersebut menysusu. Keadaan ini lebih kerap terjadi pada bayi yang lahir pra matang.

Jika bayi anda ada megalami masalah sebegini, anda boleh megurangkan keadaan ini dengan memastikan posisi bayi berada dalam keadaan betul semasa menyusu. Semasa memberi susu posisi bayi perlulah ditegakkan sedikit bagi megelakkan susu keluar semula. Selepas memberi susu pastikan anda "burp" kan bayi anda untuk megeluarkan angin yang masuk semasa menyusu. Selepas selesai meyusu bayi anda perlulah diletakkan dalam posisi yang menegak sedikit bagi megurangkan kesan graviti supaya susu tidak keluar semula.

Keadaan GOR ini selalunya akan berkurangan apabila bayi tersebut membesar kerana otot sphinter ini akan bertambah kuat dan mengurangkan keadaan reflux ini daripada berlaku.

Jika keadaan ini masih berterusan maka perlulah membawa bayi anda berjumpa doktor pakar kanak-kanak bagi mendapat pemeriksaan lanjut. Doktor pakar mungkin mencadangkan pengunaan susu khas (susu antiregurgitasi / ata anti-reflux - AR) bagi mengurangkan masalah GOR ini.

6 comments:

Yat Ekhram said...

hye dr saiful..

i know ur blog from my staff,while i check her medical claim tgk2 kat resit tu ada blog address dr..woweee..

So infomative la ur blog..
bile saye peknen & have my own baby nanti bolela tye doc apa-apa kan?
Ada tips utk preggy? i mean b4 peknen nak kena amik supplemen or vitamin ke? fyi,i just married 4 mths but planning to pregnant la..

tq 4 ur info Dr saiful =)

Anonymous said...

Salam..Dr. Saiful
Boleh beri info tentang masa klinik untuk bulan puasa ni...nak tanya macam ner nak kurang kahak jika baby berumur 9 bulan...Sekain, terima kasih.

Dr Saiful Bahri Jaudin MBBS (Mal), MMed(Paed)UKM said...

Wa'alaikum salam

Waktu klinik sepanjang Ramadan ada tertera pada laman utama blog.

Jika batuk berkahak simanja anda kerap dan berulang2..maka perlu membawa berjumpa doktor pakar untuk pemeriksan lanjut bagi memastikan tiada masalah paru2 seperti lelah atau paru2 senstitif

Dr Saiful

Anonymous said...

salam dr.saiful
sy mempunyai bayi perempuan berusia 5 bulan setengah dan mengalami muntah-muntah susu. saya telah melakukan semua cara yang dr. sarankan selepas menyusukan bayi tetapi bayi saya tetap muntah apabila dia meniarap.saya ada membawa anak ke klinik berhampiran dan jawapan yang diberi anak saya tiada apa-apa masalah. tetapi saya bimbang kerana dri lahir hingga sekarang dia mengalami keadaan sama.adakah ini membahayakan kesihatan anak saya

Anonymous said...

assalamualaikum...
dr.saiful,boleh dr cadangkan beberapa jenama susu anti reflux yang baik..tq.

Abie Shidah Ad said...

Salam dr saiful. Nak tanyer tentang anak berumur 4 tahun yg sering mengadu sakit perut dibahagian pusat. Saya dah bawak gi klinik GP dan juga klinik paed dan dah buat scan, tapi doc kata takder aper2 masalah. Sakit perut anak takder lah sampai berguling2 tapi hari2 mesti dia ngadu. Kejap dia ngadu sakit, nanti saya urutkan ngan minyak, dia ok. Sakit tu dtg dan pergi. Selera mkn nyer tak seperti dulu. Dia tak suka mkn nasik ataupun mee. Yang dia mkn usually roti, biskot, chicken patty, hotdog. Pening saya pikirkan dan sedih tgk bila dia ngadu sakit perut. Kdg2 dia terasa mcm nak muntah. Saya harap doc dpt menolong bagi pendapat aper harus saya buat. Haruskan saya bawa dia ke hospital pakar? Terima kasih doctor.