Thursday, April 03, 2008

Penyakit kuning (Jaundice) pada bayi baru lahir

bayi yang menjalani rawatan fototerapi


Jaundis merupakan keadaan yang kerap berlaku pada bayi baru lahir. Ia berlaku apabila paras bilirubin dalam darah melebihi paras normal. Bilirubin dihasilkan apabila sel-sel darah merah yang lama pecah. Bagi bayi baru lahir jaundis boleh diketegorikan kepada:

  1. Jaundis fisiologikal


  2. Jaundis patologikal


  3. Jaundis yang berpanjangan (prolonged jaundice)

Jaundis fisiologikal biasanya berlaku pada hari ke 3 atau ke 4 selepas lahir dan disebabkan sel-sel darah merah lama yang pecah dan keadaan hati yang belum cukup matang untuk megeluarkan bilirubin secara efektif dariapada badan.


Jaundis patologikal adalah disebabkan penyakit atau keadaan abnormal badan dan boleh berlaku pada hari pertama lagi.

Jaundis selepas bayi berumur 2 minggu adalah diketogorikan sebagai jaundis yang berpanjangan. Jaundis sebegini memerlukan ujian darah dan air kencing bagi memastikan punca kenapa bayi tersebut masih kuning selepas 2 minggu.

Rawatan Jaundis

Jika paras bilirubin agak tinggi maka rawatan fototerapi perlu bagi menurangkan jaundis pada bayi tersebut. Paras bilirubin yang terlampau tinggi boleh memberi kesan kepada otak bayi jika tidak menerima rawatan yang sewajarnya. Oleh kerana itu jika bayi yang baru lahir jika nampak kuning maka perlulah dibawa berjumpa doktor segera bagi memastikan tahap bilirubin dan menerima rawatan fototerapi jika perlu.






15 comments:

Gurindam Jiwa said...

Tahniah Doktor dapat update blog ni! :)

Bukan senang nak maintain blog ye.

Tapi tak pe, pembaca sabar menunggu... :)

Nak respon pada komen mungkin kena tunggu akhir tahun kot. He he he...

Dr Saiful Bahri Jaudin MBBS (Mal), MMed(Paed)UKM said...

Tahnxs for the support. I will try my best to update my blog every week...
kalau x bz ler

Dr Saiful

Muhd Suhaily said...

Salam, kebetulan anak saya baru lahir dan masuk hari ke 4, seluruh badannya berwarna kuning. Dengan penerangan dari Dr kini saya memahami punca badan bayi berwarna kuning selepas atau beberapa hari dilahirkan.

Selain dari punca yang diterangkan tadi, ada ke sebab lain yang menyebabkan terjadinya badan bayi berwarna kuning? Contohnya pemakanan ibu atau pengambilan ubat dll.

Berapa lama masa yg diambil agar kekuningan ini boleh sembuh? Max dan min...

Adakah bacaan bayi 3 point keatas merbahaya?

islam-indah2009 said...

ada tak cara nak elakkan jaundice ni? ms anak sy hospitalized coz of this jaundice, sy x jumpe cina pun? diorg advise sy bagi byk air kosong pada baby. betul ker? ada yang kata masa mengadung kne byk mkn kurma.. bg pendapat skit dokte..

dramkah said...

http://sakitkuningjaundice.blogspot.com/2011/03/nt-jaundice-sakit-kuning.html
ubat boleh didapati dari saya tel 012-3883660,

Anonymous said...

ddoktr nk tanyelah btl ke org2 ckp klu nk kurngkn paras pyakit kuning ni bby n maknye kne minum susu kambing yg asli?ke 2 hnye mitos?

dramkah said...

BAYI SAKIT KUNING
Neonatal jaundice adalah keadaan yang sangat kerap berlaku pada bayi yang baru lahir. Dianggarkan lebih daripada 50% bayi mengalami keadaan ini. Jaune' dalam bahasa Perancis bermakna kuning.

Tanda-tanda. Sakit kuning ini dapat dilihat tanda-tandanya dengan melihat warna kulit bayi yang menjadi kuning. Selain daripada itu, mata putih bayi kelihatan agak kuning juga. Selalunya ia bermula pada hari kedua dan ketiga dan menjadi paling buruk pada hari keempat. Kebanyakannya hilang dalam masa 10 hari.

Kenapa ini berlaku . Sakit kuning ini disebabkan oleh bahan kumuhan sel darah merah yang dinamakan bilirubin. Bilirubin berwarna kuning. Semasa dalam kandungan, bahan kumuhan bayi dibuang melalui placenta (tali perut) ibu. Setelah seseorang bayi itu dilahirkan, fungsi-fungi badannya bergantung kepada hati (liver) bayi tersebut. Hati penting untuk membuang bahan-bahan toksik, kumuhan dsb. Hati bayi yang baru lahir tidak sempurna sepenuhnya. Oleh itu, pembuangan bilirubin tidak secekap orang yang sudah besar. Hasilnya, bilirubin ini berkumpul di dalam badan bayi dan inilah yang menyebabkan sakit kuning ini.

Adakah ia merbahaya. Selalunya keadaan ini tidak merbahaya dan ia akan sembuh. Bagaimanapun sekiranya ia semakin teruk atau tidak sembuh, rawatan lanjut adalah diperlukan segera. Ia dapat dikenalpasti sekiranya warna kuning kulit tidak baik selepas beberapa hari atau paling lama dua minggu. Antara tanda lain ialah bila sakit kuning ini semakin merebak dari bahagian kepala ke bahagian-bahagian badan yang lain. Ini mungkin terjadi bila bilirubin semakin banyak dihasilkan dan pembuangannya dari sistem badan lambat. Sekiranya ini terjadi, paras bilirubin di dalam badan akan meningkat ke tahap toksik dan boleh menyebabkan kerosakan pada sel otak.

Rawatan penyembuhan. Dengan mengunakan PERUBATAN ELEKTRONIK (NT JAUNDICE) dan ECPI dapat mencepatkan pemulihan hati dan seterusnya Bilirubin berwarna kuning iaitu bahan kumuhan bayi dibuang melalui pembuangan najis (kencing, pembuangan air besar, dan tahi mata)
www.sakitkuningjaundice.blogspot.com
helpline:012-3883660

Anonymous said...

Askum..Dr,bayi saya berusia 2bln++ tapi baru saya sedar dia agak kekuningan...telah saya bawa berjumpa dgn pakar kanak2..ujian darah menunjukkan tahap bilirubin dlm darah tinggi..(70%) sampel dari hati juga telah diambil melalui ujian Biopsi (result blm saya dapat) boleh doktor tolong saya terangkan kemungkinan2 yg akan berlaku?trima kasih

Penulis said...

assalamualaikum Dr.. bacaan bilirubin = 139 pd bayi sy yg berusia 5 hari. Adakah ianya normal?

Ayin25 said...

Assalamualaikum Dr.,

Anak buah saya berumur 1 bulan 8 hari, pernah kena tahan wad bulan lepas, bacaan ketika itu adalah 326.2 dan discharge apabila bacaan jatuh ke 230.5..

But,last week which is umur dia genap 1 bulan, kuning still ada lagi. Pergi check up kat klinik bacaan 140.2.. and terus doc bagi surat refer to the hospital takut2 ade penyakit hati atau kencing kotor coz umur baby dah sebulan lebih.

Soalan saya, apakah bacaan normal bilirubin baby? Apakah ada peluang untuk sembuh sepenuhnya bagi bayi berumur labih dari sebulan yg masih menghidapi jaundice seperti anak buah saya tadi?

Dan apakah jenis rawatan dan berapakah kos rawatan sekiranya jaundice ini berlarutan?

Terima kasih.

Anonymous said...

salam..dr..saya baru melahirkan anak sebulan yang lepas..masa minggu pertama bacaan jaudice anak saya 12.06.keesokan harinya 14..hari2 berikutnya 15.1 dn cek kali ke 4 bacaan 15.3..bila tibanya hari ke 21 bacaan nya still 11.0.dn hari ke 25 bacaan 11.2 d diarahkan refer ke hospital.sekarang bayi saya dah 1 bulan still ada lagi kuning nya.adakah tahap tu akan naik semula dan merbahaya??apakah langkah2 yang perlu saya ambil..

Anonymous said...

Dr, saya baru melahirkan anak seminggu yang lepas. baby saya masih kuning dan masih admit di klinik sehingga hari ini. kuning pada baby susah turun. dari 14.9sb ke 16.2. hari ketiga turun sedikit 15.7 sehingga hari ini bacaan masih sama...

tolong saya Dr, nasihati saya apa perlu saya lakukan untuk hilangkan sakit kuning baby saya. adakah sakit ini bahaya pada baby saya? sudah 5 mlm baby dalam sinaran lampu foto... saya amat risau

Tq,
Pn Molly

Anonymous said...

Thе worst id be muсh more worгied about
іt getting stгep thгoat and flus gaiοng rond and fluѕ gaiong rond and nо other sуmptoms locаlised baсterial infectіon seеms likely gо to medicаl profesѕіοnаl
but tгy never tо physician but try not even the
ωorst id be much more worried аbout thіs гemaining strep thгoat that will getto yоuг.
The woгst id be adԁitional worгied about it gеttіng
stгep throat аnԁ mess them up iof you maу hаve sorе throat thаt ωill gettо yοur сorοnаry heaгt valѵues and no other symptoms localised
bacterial infеction.

my site; visit the next page

Anonymous said...

Defiant,orageux pain dans le cas d' d�bordement au-dessus � cherche code 48h xbox live gratuit. la dette contre volont� download xbox live arcade games jtag. Sourire,honte ophtalmologiste vers le bas travailler au-dessus quoi xbox live gratuit code 48h. tourner � travers son xbox backup creator v2 8 download.R�sistant,sans logis raison vers le bas attendre sur Attendre xbox 360 bio creator v5. restaur� malgr� quelqu'un telecharger
xbox live.

My webpage - Code Xbox Live Gratuit

Nurull 101 said...

Salam Doctor,

Baby saya umur 15hari, ada prolong jaundice. doc klinik kesihatan minta kami refer ke doc pakar kanak-kanak. bacaan harini 12. Saya risau sangat. Apakah pemeriksaan dan rawatan yang mungkin anak saya lalui nanti. Perlu admit ke nanti. kata doc klinik kesihatan, bila bacaan 17 baru kene admit.

Nurul 101

++++++++++++++++++++++++
http://seenicecare.blogspot.com
http://www.facebook.com/seenicecare
http://www.facebook.com/seeniceart