
Scabies dewasa..mempunyai 8 kaki

Telur scabies yang menetaskan larva scabies
Kesan scabies pada badan dan kaki
Scabies adalah penyakit kulit yang disebabakan oleh infestasi hama anthropod yang dikenali sebagai Sarcoptes scabie. Penyakit ini disebarkan melalui pendedahan yang berpanjangan kepada mereka yang mengidap scabies ini.
Organ utama yang terlibat adalah kulit di mana hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Keadaan ini meyebabkan tindakbalas alergi berlaku dan meyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Scabies betina ini boleh megeluarkan sebanyak 90 telur sepanjang hidupnya lebih kurang 30 hari. Selepas 3-4 hari telur ni akan menetas dan larva akan menjadi scabies dewasa dalam tempoh 2 minggu dan kitaran ini akan berulang semula
Kesan utama pada kanak-kanak yang terkena scabies adalah gatal pada badan terutamanya pada waktu malam. Kesan-kesan pada kulit seperti bintik-bintik kecil berair (vesicles), kesan trak scabies dalam kulit (burrowing) dan kesan megelupas jelas terdapat pada celah-celah jari tangan atau kaki. Kesan-kesan sebegini juga kerap terdapat pada pusat, ketiak dan juga pada anggota sulit.
Rawatan adalah dengan memberi ubat sapu (untuk membunuh scabies dewasa, larva dan telur) pada seluruh anggota badan (leher ke bawah) yang perlu disapu pada waktu malam untuk 3 malam berturut-turut dan dibiarkan sehingga esok pagi baru dicuci. Adalah penting untuk merawat anggota keluarga yang tinggal serumah bagi mengelakkan jangkitan ini daripada berulang. Pakaian, selimut, sarung bantal serta apa-apa yang dipakai perlulah dicuci dan direndam dalam air panas mendidih untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.

22 comments:
See Please Here
anak saya mengudap kudis buta dari bulan 3 lagi..puas sudah pergi klinik swasta dan kerajaan tidak juga hilang..paling teruk di kemaluannya..kudis buta boleh ke di suntik........
Seperti yang saya nyatakan kudis buta (scabies) ini memerlukan rawatan meyeluruh..ie seluruh anggota keluarga perlu dirawat dan pakaian perlu diremdam dalam air panas bagi membunuh telur dan kutu scabies yang melekat pada pakaian tersebut.
Suntikan tidak membunuh kutu scabies ini , ia hanya megurangkan kesan gatal sahaja.
Dr Saiful
Well said.
Salam Dr,
Apa ubat/rawatan terbaik untuk menghilangkan penyakit kudis buta ini? Anak sy berumur 6 thn, ttp selepas sembuh kudis lama dikaki nya tumbuh pula yang baru di tpt lain.
Salam Dr,
Apa ubat/rawatan terbaik untuk menghilangkan penyakit kudis buta ini? Anak sy berumur 6 thn, ttp selepas sembuh kudis lama dikaki nya tumbuh pula yang baru di tpt lain.
salam dr. Adakah bayi yang mengidap scabies ni juga ada simptom ulcer yang memenuhi mulut bayi? apakah perbezaan antara simptom scabies dengan HFMD?
doctor, saya umo 21tahun dah. tapi baru dijangkiti kudis buta. akibat dari tilam tercemar yang di beri oleh jiran. tilam tersebut didapati mengandungi pepijak. so macam mana nak cegah dari benda neh berleluasa.. setakat neh, saya telah rendamkan semua pakaian/cadar/selimut/tilam yang telah saya gunakan. dan telah memakai ubat anti-kudis buta. mcm mana nak hilangkan parut dan timbulnya kudis buta lagi
Assalamualaikum doktor. saya berumur 26 thun. saya tidak pasti mengalami kudis buta atau tidak.kerana kegatalan hanya berlaku di kaki dan peha sahaja.ianya seperti ruam tetapi tidak berair.cuma bintik-bintik merah..sesekali gatal terutama pd wktu mlm dan sesekali tidak.pelbagai ubat sapu sy guna ttp tidak berhasil.untuk pngetahuan doktor sy tidak pernah mngalami pnyakit chiken pox atau cmpak..minta nasihat doktor kerana nak hilangkan parut secepat mungkin.
ubat apekah yang berkesan untuk digunakan bagi menangani masalah kudis buta ini?
Scabies/kudis buta ni perlukan rawatan yg agak menyeluruh.
beli krim, mintak krim scabies di klinik. harganya di farmasi dlm RM9. ada banyak brand..sebut je krim scabies untuk budak kecik dan beli jugak sekali untuk org tua.
mandi air panas untuk bukak liang roma. itulah tempat favorite kutu hama ni. lepas tu pakaikan kat semua orang, kalau boleh seisi rumah, dr leher ke bawah.
buat 2/3 malam berturut2.
rendam semua cadar/baju yg dipakai dalam air panas. ni untuk membunuh telur/kutu.
lap lantai/ meja/ keyboard/mouse dan semua buku2 kanak.
pakai krim sekurang2 10 jam, so hari minggu paling baikla.. ada krim yg baunya agak kuat.
ulang balik pakai krim, sekurang2nya 3 kali lagi untuk betul2 hilangkan scabies ni.
kalau boleh mandi pakai sabun sulfur... ada brand JF Sulfur dlm rm8 di farmasi, dan beli minyak neem/ lotion neem kalau boleh, sapukan siang hari.
kalau baby, pakaikan krim sepanjang masa, lepas tu basuh semua peralatan baby dgn air panas, especially selimut/ tilam dia. Kalau boleh jgn pakai yg 2nd hand untuk baby.
Thanks for the comment
Salam,sy nk tnye scabies ni dsbbkn oleh sjnis mite iaitu sarcoptes scabei.bl dia jngkit dan korek dlm kulit kita,ape yg dia mkn?
Bila kna kudis ni,ia ade cecair x kat bntik2 kudis 2?
Knp ia xblh hidup dlm suhu pns?
dok saya yeni umur saya 21 thun saya bdan saya kmren bintik2 kcil klw mlm gatelny mnta ampun kta dokter saya kna scabies jd gimna cara mngobatinnya ya dok???
SALAM, DOK ADAKAH SCABIES BAHAYA UNTUK WANITA YANG MENGANDUNG?
adui... anak pompuan saya kene kudis buta nie.. saya ingat demam campak.. nasib baik tergerak ati nak bawak g klinik.. x sempat dr tny sakit apa... dia terus ckp... ni kudis buta.. huhuhu! kesian dia.. kudis buta nie boleh disebabkan oleh bulu kucing ker?..
KALAU BAGI ANAK MANDI DENGAN DETTOL BOLEH KER dOKTOR?
doktor.. sy ada masaalah anak berumur 3 tahun yg ada kudis buta.. puas sudar pg klinik kerajaan dan swasta..tp hasil nye menghampakan..seminggu baik kemudian tumbuh balik.. berair dan nanah2.. adabaju selimut tempat tidur semua sudah direbus.. tiap2 hari jemur tilam dan bantal.. apa lg yg patut sy buat?? bantu la sy.. adakah suntikan boleh menghilangkan kudia buta ini??
cam ne nk hilang kan nye..???
saya da berumur 22 tahun...
saya pernah mengalami penyakit kudis buta ni masa umur 10 tahun dulu. merata-rata saya dibawa berubat oleh mak saya. macam-macam ubat saya dah telan dan sapu pada kulit. tapi tak juga sembuh sampai kudis tu dah merebak satu badan. lepas 2 tahun berubat baru saya sembuh. bila dah sembuh pula masalah parut mengganggu saya sampai saya malu nak berbaju lengen pendek meskipun di dalam rumah. saya ada pakai ubat parut bio-oil, tapi menyebabkan bulu roma menjadi semakin lebat. ada x solution lain untuk menghilangkan parut tanpa menyebabkan bulu roma jadi lebih lebat. saya sangat buntu
Doktor adakah cecair febreez @ dettol dpt mematikan kuman scabis pada pakaian selain dgn cara merebusnya dengan air mendidih..??
As Salam semua,
Saya nak share sikit... saya sekeluarga mengalami kudis buta.. termasuk anak sy 5 bulan... banyak tpt sy pergi dari hospital biasa ke hospital kerajaan (pakar) dan dari klinik biasa ke klinik pakar.. banyak juga sy belanja asalkan anak2 sihat.. sy nak share sikit info2 berkaitan.
1. penyakit ini berjangkit melalui sentuhan.
2. simptom : kulit merah2, gatal, berbintik, dan menyerang dia bahagian ketiak, belakang badan, pinggang ke bontot, kemaluan, celah2 jari kaki dan tangan,dan siku.
3. tidak disarankan menggunakan mandian dettol / lifebouy / atau apa2 mandian antiseptik sbb mengeringkan kulit dan menyebabkan kegatalan menjadi lebih teruk.
4. Penggunaan berbagai krim tidak memberi apa2 kesan (mungkin cuma kurangkan rasa gatal tapi tidak menyembuhkan)
5. Sila pergi ke KLINIK /HOSPITAL PAKAR KULIT untuk mendapat ubat yang lebih berkesan.
6. Dr (seboleh2nya jgn panggil DOK sbb xelok) akan beri ubat anti scabies utk sapu, suntikan utk tahan gatal dan ubat pil untuk kesan lebih cepat.
7. Selepas mkn ubat2, pastikan semua pakaian / cadar / kain2 dicuci dengan air panas supaya kutu tu mati.. kalau sapu ubat tp tpt tak dibersihkan ianya akan datang lagi dan lagi...
8. Semakin banyak habuk semakin cepat hama tu merebak... seeloknya, ketika membersihkan rumah, sila pastikan kanak2 tidak berada di kawasan berkenaan.
**SELAMAT BERUBAT**
Selepas sehari sy berubat tpt2 yang bertompok ntu mula menunjukkan kesan mati (tidak lagi gatal dan tidak lagi berair).. harapnya esok lusa sembuh dah..
Post a Comment