Thursday, April 17, 2008

Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (Hand Foot and Mouth Disease - HFMD)


Ulser pada lidah pada pesakit HFMD


Kesan penyakit HFMD pada bahagian kaki dan tapak kaki



Kesan HFMD pada tapak tangan

Penyakit kaki, tangan dan mulut ini (HFMD) disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai Coxsakie virus A. Biasanya kanak-kanak yang terkena penyakit ini akan mengalami kesan kemerah-merahan dan kadang-kadang gelembung kecil yang mengandungi cecair pada bahagian tapak tangan, tapak kaki atau pada bahagian lutut, siku atau punggung. Kesan sebegini boleh juga terdapat pada bahagian tubuh lain tetapi selalunya tidak kerap kelihatan. Di samping itu terdapat ulser pada bahagian mulut samada pada lidah, bibir dalam ataupun lelangit mulut.
Biasanya kanak-kanak yang diserang penyakit ini tidak megalami demam yang kuat dan aktif seperti biasa, cuma ulser pada bahagian mulut menyebabkan kanak-kanak ini kurang menyusu atau makan disebabkan sakit apabila terkena sentuhan.
Kesan pada bahagian tangan dan kaki ini akan hilang dalam masa 5 hari ke seminggu. Namun begitu jika terdapat demam yang tinggi, tidak aktif atau tidak mahu menyusu langsung maka perlulah membawa mereka berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Rawatan bagi penyakit ini adalah secara simptomatik sahaja. Ubat demam dan ubat untuk megurangkan sakit ulser mulut biasanya diberi kepada pesakit ini.

Penyakit ini boleh disebarkan melalui sentuhan maka adalah perlu untuk kanak-kanak yang terkena panyakit ini diasingkan daripada kanak-kanak lain sehingga mereka sembuh. Disamping itu penjagaan kebersihan seperti membasuh tangan perlu bagi mengurangkan transmisi penyakit ini.

28 comments:

Akinogal said...

Attention! See Please Here

Anonymous said...

Salam utk doc..
Risau jugak kalau anak kena penyakit ni. Anak saya 5 bulan. Dalam tempoh dia demam seminggu ni dia tak nak minum susu. Biasa kalau malam mmg dia bangun menyusu, tapi dalam tempoh seminggu ni dia bgn utk nyusu tapi seteguk 2 dia terus taknak.. persoalannya adakah dia kena jangkitan ni atau kesan sementara dia demam sahaja. Kalau tgk simpton mcm doc cakap tadi ulser kat mulut takder nampak plak. Mungkin saya tak paasti kot..
so boleh doc bagi nasihat skit..mungkin berguna untuk kami..Thanks

Dr Saiful Bahri Jaudin MBBS (Mal), MMed(Paed)UKM said...

Wa'alaikum salam ,

Penyakit HFM ini mestilah mempunyai tanda2 seperti yang dinyatakan ie blister pada tapak tangan dan kaki serta ulser pada bahagian mulut. Jika tiada tanda2 ini maka anak puan tiada mengidapi penyakit ini.
Biasanya keadaan kurang meyusu sering terjadi jika anak kita tidak sihat seperti demam etc. Keadaan ini adalah sementara sahaja dan InsyaAllah akan kembali normal apabila dia sihat kelak.

Dr Saiful

BH said...

Hi Dr. macam mana dengan anak yang bintik hanya di tapak kaki. Sekarang sudah masuk 2 minggu dah? Thanks for advise

Anonymous said...

Dr, anak saya baru disahkan terkena jangkitan HFMD. Kemusykilan saya, tiada kes ini di tadika tempat anak saya belajar. Tiada pendedahan ke tempat awam yang menjadi tumpuan kanak-kanak sepanjang seminggu sebelum anak saya terkena jangkitan. Adakah kemungkinan anak saya perolehi jangkitan ini di restoran tempat kami makan sehari sebelum anak saya terkena jangkitan ini. Tetapi keadaan di restoran pd waktu itu tidak ramai serta tiada kanak-kanak. Harap dr. dpt beri penjelasan kerana saya agak keliru.

Anonymous said...

assalamualaikum, Doktor.

Saya ingin bertanya adakah simpon2 ini akan datang serentak? maksud saya sekiranya seorang kanak2 itu mempunyai ketiga2 simptom ini maka ia dijangkiti HFMD? bagaimana kalau sekiranya kanak-kanak itu hanya dijangkiti ulser di mulut dan demam?

MK16 said...

salam doc.

anak saya ( 3 tahun ) telah dijangkiti HFMD. ini telah disahkan oleh doktor pakar kanak2 di kuantan. utk rawatan dia telah bagi ubat spt cecair utk ulser mulut, krim utk kaki dan tangan, ubat demam( kalau demam) dan aciclovir 400 mg . menurut doktor pakar itu aciclovir ini untuk antivirus penyakit spt HFMD ini. saya ini bertanya pendapat doktor pula, adakah aciclovir ini sesuai utk penyakit HFMD ini khasnya kanak2 spt.anak saya. sebab saya saya baca artikel dr. saiful sendiri dan artikel2 lain termasuk kementerian kesihatan tidak ada menyebut pasal aciclovir ini atau ubat antivirus yg lain utk rawatan HFMD ini. sekian, harap doktor dapat beri respon dengan kadar segera. thanks

Anonymous said...

salam doc,
anak saya baru dijangkiti oleh HFMD dari adiknya yg berumur 1tahun 6bulan. Keadaan adiknya semakin pulih dan sekarang abgnya 4tahun baru baik dari demam tapi still sakit mulut. Boleh tak saya menggunakkan kaedah berkumuh air garam suam untuk melegakkan tekak or mulutnya? adakah penyakit ini akan berjangkit balik kepada adiknya atau org besar?

Anonymous said...

tempoh masa berkuarantin di rumah berapa lama? sehinga pulih demam atau sehingga ulser sihat?

rose said...

Assalamualaikum Dr,
anak saya berumur 2tahun.telah dijangkiti HFMD sejak 4hari lalu.dah 2 hari tidak mahu makan dan minum susu.keadaan ini merungsingkan saya.adakah terdapat sebarang kesan sekiranya saya memberi ubat dalam keadaan dia perut kosong.pelbagai cara dah saya cuba supaya dia makan tetapi die menangis dan meronta-ronta.doktor tolong beri nasihat. terima kasih.

salutesalma said...

Assalamualaikuk Doc,
I know u posted these article on 2008, cuma sekarang makin menjadi2 pula HFMD ini. Sy ingin tahu, saya telah memberi anak saya vaksin ppneumonia mococol meningitis, adakah ini boleh mengelakkan anak saya (10 bulan) dari jangkitan HFMD?.
thanks doc ;)

killy said...

as'kum......doktor ank saya baru lahir pada 17 mei tempoh hari di hospital melaka.saya dapati tapak dan bahagian atas kaki anak saya benggkak seperti ada cecair di bahagian bengkak.boleh tak doktor berikan taksiran mengenai panyakit yang anak saya tanggung...adakah ianya berkaitan dgn penyakit kaki dan mulut atau sabaliknya.buuat pengetahuan doktor jari kaki adalah normal

Cikgu PJ said...

salam doc...seperti yg saya baca article ni..penyakitni menyerang kanak-kanak..tetapi baru2 ini saya yang berumur 29tahun yang dijangkiti...ulcer penuh di mulut tetapi bintik-bintik merah di tangan dan tapak kaki tidak banyak dan tidak berair...bagaimanakah saya boleh dijangkit?? utk pengetahuan doc..sy ada masalah darah..iaitu platlet darah yang sangat rendah..around 15-20 jer..

Cikgu PJ said...

Tambahan soalan yer doc...saya juga perlu mengajar di sekolah...adakah penyakit ini boleh berjangkit kepada orang lain mahupun murid-murid sekiranya saya mengajar seperti biasa? Saya sihat sepenuhnya tetapi ulcer yang penuh di mult ini menyebabkan saya sangat sakit untuk bercakap dan terpaksa mengambil cuti rehat..jadi bagaimana harus saya teruskan kerjaya saya ini tanpa memindahkan virus ini kepada org lain??

Anonymous said...

Salam Doktor,
Anak saya mengalami sakit lidah seperti luka, sudah berlanjutan 5 hari, semalam adiknya pula mengalami masalah yg sama. Seolah2 berjangkit. Tapi tiada bintik di kaki atau tangan. Jikalau ulser shj, mengapa boleh berjangkit. Kedua2 anak saya masih belum sembuh

nizam said...

Assalammualaikum doc,anak saya ada ruam pd badan dan muka,tapi tangan dan kaki tiada,tetapi dia ada ulser kat mulut,alhamdulillah dia ada selera makan dan susu..saya nak tahu itu ke tanda2 HFMD?terima kasih!

Nizam said...

Assalam doc,

Harap doc dapat membantu saya.

Anak sy telah disahkan oleh Doc Hosp Putrajaya kene jangkitan HFMD pada 26 feb 2012.

Jadi, sy nak tanya doc, bagaimana saya nak tahu yg anak saya betul2 dah sembuh dari penyakit itu?apa tanda2 @ simptoms2 sembuh? bila waktu yg sesuai utk hantar semula anak saya ke taska/pengasuh?

Sekian terima kasih doc.
Doc boleh emelkan pada saya di blurzyy@yahoo.com

amaniecollection said...

Assalamualaikum Dr,

Saya ibu kepada anak berumur 1 tahun 5 bulan ... hari jumaat yang lepas pengasuh taska ade memberitahu bahawa anak saya ada tanda-tanda penyakit kaki tangan dan mulut .. terdapat bintik2 kecil di tapak kaki dan tangan anak saya... segera saya membawa ke klinik berhampiran. Namun doktor di klinik tersebut mengesahkan bahawa ia bukanlah penyakit tersebut .. dan memberinya ubat sapu sahaja ..

kemudian 2 hari lepas itu, saya membawa anak saya ke klinik lain yang turut berhampiran di rumah saya ... jawapan nya sama dan turut memberi saya ubat sapu, ubat gatal dan ubat tahan sakit ...

Saya melihat keadaan anak saya .. dia tetap aktif, makan juga masih berselera ... cuma di malam hari dia akan terjaga dari tidur kerna gatal .. terdapat bintik merah pada lutut dan di ruang lampin ...

apa yang perlu saya lakukan doktor ...

Tuan Hasmani said...

assalamualaikum..saya nak taye doc..apa punca penyakit tangan kaki mulut ni..selain dari kebersihan diri..ada tak berpunca dari cuaca or keadaan sekeliling yang berhabuk..sbb nye di taska ada kanak-kanak yang terkena penyakit ini..tetapi sudah di kuarantin kan seminggu..n keadaan dalam taska juga sudah dibersihkan tapi still penyakit ini merebak kepada kanak-kanak lain knp ye..

Anonymous said...

salam dokter,saya tanya anak saya baru habis demam disebabkan HFMD.baru baru saya nampak ruam dekat punggung dia.adakah saya perlu dekat dokter untuk kes ni?

Anonymous said...

salam dr.anak sya berumur 2thn 7 bln .ada tanda bintik-bintik merah di tangan dan kaki.adakah ini tanda hfmd?tetapi tdk mengandungi cecair didlmnya.?

hantu laut said...

salam DR.
smua simptom HFMD ada ngn ank buah saya . . tp ulser di mulut dia teruk sangat lah . . dia kerap kehausan . . bg pndpt DR. HFMD ank buah saya tahap biasa je atau tahap teruk ??
-RAHMAT BIN RABI
-jerangkung_26@yahoo.com

Anonymous said...

salam doc,anak saya berumur 3 tahun telah disahkan dijangkiti pengakit HFMD yang agak teruk kerana selain di mulut,tngn dan kaki ada jugak di seluruh badan seakan terkena demam cecair. persoalannya adakah penyakit ini akan meninggalkan parut dan cadangan doc ubat yang diperlukan untuk menghilangkan parut tersebut

Anonymous said...

Dokternye tido ke?org bertanye ngak dijawab..aptb..

siti aminah said...

sy nk th lbh detil pasl HMFD blh x?

Anonymous said...

a'kum dokter.....ank2 saya skrg ni mengidap penyakit kaki tgn dan mulut...nka tanya dokter,adakah penyakit ni bleh berjangkit kepada org dewasa?merbahaya x penyakit ni...ank2 saya berumur 7,4,2.....pening saya mikir sakit diaorg ni semua

ummu aneesa said...

Name pun doc..mstila cbuk...ade mse die balas la

Anonymous said...

salam... adakah penyakit merbahaya? jika sy hanya beri dia paracetamol shj... ok tak?