Thursday, April 10, 2008

Jenis-jenis Tanda Lahir Pada Bayi


Mogngolian spots


Cafe-au-liat



Port Wine Stain



Hemangioma





Macular stains pada kelopak mata kanan atas


Tanda lahir (Birth marks) boleh di bahagikan kepada 2 jenis:

A. Tanda lahir Vaskular :Tanda lahir ini terjadi apabila salur darah tidak terbentuk dengan sempurna. Terdapat 3 jenis tanda lahir vascular

i - Macular Stains: Tanda lahir yang paling kerap kelihatan. Biasanya terdapat pada bahagian dahi, kelopak mata, belakang leher, hidung, atas bibir atau pada bahagian belakang kepala. Biasanya tanda lahir jenis ini akan hilang apabila bayi itu mencapai umur 1 atau 2 tahun.


ii - Hemangioma : Tanda lahir jenis ini selalunya timbul dan boleh jadi kemerah-merahan atau bebiru-biruan bergantung kepada jenis salur darah yang terlibat. Hemangioma selalunya akan makin membesar untuk 6 bukan pertama dan biasanya akan mengecut apabila kanak-kanak tersebut mencapai umur 5- 9 tahun. Jika hemangioma ini besar dan melibatkan bahagian seperti mulut atau hidung maka rawatan perlu dilakukan bagi mengecutkannya supaya tidak mengganggu fungsi organ tesebut.

iii- Port Wine Stains - Tanda lahir jenis ini selalunya belaku pada bahagian muka dan bebeza dari segi saiznya. Ia seperti berbentuk air wain merah yang tertumpah (port wine stains). Jika ia berlaku dekat pada bahagian mata ujian lanjutan perlu dilakukan untuk memastikan tiada komplikasi pada organ tersebut.

B. Tanda Lahir Berpigment (Piegmented Birthmarks): Tanda lahir ini terjadi apabila sel-sel yang menyebaban pigment (warna kulit) pada kulit berkembang lebih daripada normal (Overgrowth). Ia boleh dibahagikan kepada 3 jenis:

i- Cafe-au-liat spots- Kerap berlaku dan warnanya adalah seperti kopi ditambah susu (seperti namanya). Boleh terdapat di mana-mana sahaja bahagian tubuh. Walaubagaimanapun jika terdapat banyak tanda ini dan saiznya yang besar maka perlu mendapat pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada kaitan dengan penyakit tertentu seperti penyakit saraf Neurofibromatosis.

ii - Mongolian spots - Bewarna kebiru-biruan atau kelabu. Kerap terdapat pada bahagian belakang atau punggung bayi. Selalunya akan hilang sepenuhnya tanpa memerlukan rawatan khusus.

iii - Moles (Tahi lalat) - Ia boleh bewarna perang atau hitam. Boleh rata atau timbul dan terdpat juga yang mempunya rambut atau bulu. Jika ia besar ia memerlukan pemeriksaan susulan bagi memastikan ia tidah bertambah besar atau berubah warna kerana terdapat risiko untuk menjadi kanser kulit (melanoma) jika ia berkeadaan demikian.

6 comments:

Nenos said...

See Please Here

CatlinaFly said...

nice info dr..anak sy ade strawberry hemangioma kat perut..sekarang mcm dah beransur menipis dan mcm dah kurang sket..

Anonymous said...

anak saya ada juga strawberry hemangioma di bahagian bawah pipi (dekat2 dagu). sekarang dah 3 tahun. bermula umur 2 minggu kena dan semakin membesar. umur 6 bulan ia pecah dan berdarah. sekarang dah tak membesar. tapi tak semakin mengecil juga. bolehkah ianya dibedah?satu lagi...ada kena mengena dengan saraf otak tak? (sangat riso dan takut akan hal tu).

R'yanaz ali said...

saya ade bg dr saiful email atas name yana3001 berkaitan anak saya yg mempunyai warna tidak sekata pada bahagian hidung ke bawah hingga ke mulutnya. anak saya berumur 2 minggu.die bayi pramatang...

mummy amira said...

salam dr saiful, anak saya lahir 26 minggu, hampir 2 bulan setengah berada di hospital..apabila balik ke rumah, saya dan suami baru perasaan ada tompok-tompok kecil berwarna pink (kemerahan)di satu bahagian belakang kepala berdekatan dengan tengkoknya. sekarang umur anak saya 14 bulan kesan tompok itu masih ada tetapi nampak semakin mengecil..bila dalam cuaca panas kesan tompok itu nampak lebih jelas. boleh dr saiful terangkan adakah tanda pink itu adalah tanda lahir atau alergy?

Anonymous said...

akm...sy baru mandapat ank yang kedua..usia 2bln lebih,,sy ada pertanyaan pd dr, ank sy ada tanda lahir di belakang yang berwarna putih.semasa lahir tanda itu sebesar titik pen maker,ttp setelah 2 bln ia semakin membesar, warna putihnya sprt warna putih albino..apakah itu?