Thursday, April 10, 2008

Jadual Klinik Pakar Kanak-Kanak Saiful

KLINIK PAKAR KANAK-KANAK SAIFUL
Sg Chua Kajang (Tel: 03-87335798)

Isnin - Rabu : 10.00 am - 12.30 pm - 6.00 pm - 9.30 pm

Khamis - Jumaat : 6.00 pm - 9.30 pm

Sabtu : 10.00 am - 4.30 pm

Ahad : 10.00 am - 12.30 pm (Tolong telefon terlebih dahulu)



KLINIK PAKAR KANAK-KANAK SAIFUL
Kajang Plaza Medical Centre (KPMC) Tel: 03-87397077

Khamis- Jumaat : 10.00 am - 4.00 pm

41 comments:

Anonymous said...

Assalam, Dr.

Soalan, bagaimana untuk memastikan sebelum mengandung cara untuk mengelakkan mendapat anak down sindrom ?, kerana ada latarbelakang sejarah keluarga ada beberapa kanak2 down sindrom.
Sekian terima kasih.

Gurindam Jiwa said...

Waah, posting kali ada tajuk je. Isinya mungkin tersirat kot. Kena belajar ilmu makrifat ni... :)

Dr Saiful Bahri Jaudin MBBS (Mal), MMed(Paed)UKM said...

W'salam

Risiko untuk mendapat anak Down's Syndrome meningkat dengan peningkatan umur ibu yang mengandung. Secara amnya risiko untuk mendapat anak Down's Syndrome adalah 1 pada setiap 660 kelahiran.
Walaubagaimanapun jika ibu tersebut berumur 35 tahun ke atas risiko akan meningkat ke 1 setiap 350 kelahiran dan 1 setiap 25 kelahiran jika ibu berumur 45 tahun.
Adahah penting untuk memastikan jenis karyotype (faktor genetik) yang terlibat jika ibu yang terlibat berumur kurang daripada 30 tahun atau mempunyai kelauarga terdekat yang Down's Syndrome. Ini adalah kerana jika faktor genetik tersebut adalah jenis translokasi maka risikonya adalah lebih tinggi lagi

Anonymous said...

Assalam Dr,
Anak saya berumur 4 1/2 bulan, dia kerap batuk berkahak (sudah berlarutan 2 bulan), sudah berbagai ubat dari klinik swasta hingga ke klinik kerajaan saya berikan. tapi tidak juga sembuh, Dr2 cakap itu bukan Asma/alergi. Bayi saya menkondusikan susu badan dan susu formula + air masak biasa setakat ini. Pernah satu ketika saya memaksa dia muntah kahak tersebut dengan menjolokkan jari saya yg sudah dibersihkan. Soalan, Adakah sesuai jika saya melakukan sedutan/suction kahak tersebut(kaedah yg sering diperkatakan org), dan adakah tekak atau bahagian2 lain akan luka akibat kaedah penyedutan tsb, sedangkan sesetengah Dr tidak menggalakkan kaedah tsb.T.kasih

Dr Saiful Bahri Jaudin MBBS (Mal), MMed(Paed)UKM said...

Wa'alaikum salam,
Batuk berkahak yang berpanjangan memerlukan pemeriksaan lanjutan oleh doktor pakar kanak-kanak. Kemungkinan besar anak puan mempunyai saluran pernafasan yang sensitif dan akan mengeluarkan lendir jika terdedah kepada faktor2 persekitaran yang tidak sesuai seperti cuaca sejuk, berhabuk etc.
Keadaan ini menyebabkan dia batuk lebih pada waktu malam atau awal pagi.
Sedutan (suction) tidak akan mengurangkan keadaan ini dan kemungkinan untuk luka seperti yang dinyatakan ada. Apa yang perlu dia memerlukan ubat untuk megurangkan sensitiviti saluran pernafasannya bukan ubat batuk biasa.
Sekian. terima kasih

Dr Saiful BJ

Anonymous said...

Dr, Assalam..

Apakah pendekatan yang perlu diambil jika penyakit jaundis/sakit kuning menyerang bayi baru lahir ?(level sakit tersebut agak tinggi iaitu 14 berlanjutan sehingga 1 bulan 1/2 hingaa kini) selain kaedah sinar ultra ungu/biru, kerana Govt. hospital hanya membenarkan pesakit (bayi) tersebut masuk wad apabila hanya level tersebut tersangat tinggi sahaja. Adalah Klinik biasa / pakar mempunyai kaedah seperti Govt. hospital?. Apakah keburukan kecacatan pada bayi apabila jaundis tersebut berlanjutan selama beberapa bulan ?
Sekian terima Kasih Dr.

Dr Saiful Bahri Jaudin MBBS (Mal), MMed(Paed)UKM said...

Wa'alaikum salam wbt
Terima kasih atas persoalan di atas.
Seperti yang dinyatakan dalam posting blog saya yang lalu mengenai jaundis yang berpanjangan iaitu apabila jaundis melebihi 2 minggu. Jika jaundis masih agak tinggi maka perlulah mendapat pemeriksaan lanjutan doktor bagi memastikan tidak terdapat penyakit-penyakit tertentu yang memerlukan rawatan khusus. Ujian darah dan ujian air kencing perlu dilakukan bagi memastikan bayi tidak mengalami peynyakit2 yang dimaksudkan.

Sekian. terima kaisih

Dr Saiful BJ

mas said...

Salam doc..
sy baru lahirkan bby boy..dan skrg ni sy bg BF + susu similac..masalah skrg bby sy susah sgt nk sendawa. kdg2 amik mase lebih dr 10 minit ssh gk..dan betul ke kalo BF x perlu sendawa. selain itu bby sy selalu muntah susu keluar ikut hidung + mulut. kebetulan skrg ni bby sy selsema + batuk..bile mlm keadaan lebih kritikal dan slalu muntah..soalan sy kritikalkah mslh ini,adakah perkara ini bole jd infection ke saluran lain.

Anonymous said...

salam doc.
Saya nk tya..anak lelaki saya skrag berusia 1 thn 5 bln.Baru2 ini anak saya mendapat tonsilitis.saya hanya merujuk kpd poliklinik berdekatan rmh shj.doc beritahu saya tonsilitis anak saya sudah lama dan terdpt byk bulat2 putih bersambung2 menyebebkan dia x mahu mkn dan minum susu.tapi sudahdiberi antibiotik uphalexin 250.soalan saya adakah penyakit ini merbahaya krn saudara saya ada beritahu pasal berjangkit pada perut dan darah betulkah?dan berapa lamakah masa yg diambil utk sehingga menjadi tonsilitis?krn saya x tahu bila penyakit ini kena pada anak saya shngalah dia xmau mkn n minum serta asyik menangis saja.saya tidak mahu penyakit ini berulang bagaimana mencegahnya?apakah punca penyakit ini?
terima kasih doktor.

Muhadzir said...

Assalamualaikum...
Saya ingin mengutarakan satu masalah yang dihidapi oleh anak saya. Anak saya berusia hampir 2 tahun, masalahnya dia 2 3 bulan sekali dia selalu demam dan muntah2. Jarang mahu makan nasi dan dia juga selalu sangat sembelit sudah pelbagai susu saya belikan tapi masalah sama juga. Najis dia keras. Kadang 2 kesian tengok dia bila hendak membuang air besar. Dia buang air besar 2,3 hari sekali.
Adakah ini berpunca dari masalah cacing?
Sekian, harap mendapat penjelasan dari Dr.

Saiful Bahri said...

W'salam,

Berkemungkinan anak anda memghadapai masalah penghadaman yang tidak bigitu lancar. Ini meyebabkan keadaan sembellit berlaku. Muntah2 juga boleh jadi tanda2 penghadaman yang teerganggu. Cacing jarang meyebabkan sembelit. Jika najis agak keras perlu diberi ubat untuk melembutkan najis..jika masalah ini berterusan,,probiotik (bakteria bagus untuk usus) boleh diberi.

Dr Saiful

Anonymous said...

Assalamualaikum Doc,
Saya mempunyai 2 org anak lelaki yg berumur 2 thn 2 bulan & adiknya 8 bulan. Anak saya yg pertama masih belum boleh bercakap. Hanya perkataan yg hujung shj yg dia akan ikut. Tetapi dia terlalu aktif & agresif & selalu memukul adiknya. Dia sering menggigit adiknya, menolak adiknya. Pada saya mungkin cemburu, sedangkan perhatian lebih banyak diberikan kepada anak yg pertama.
Permasalahan saya, adakah anak saya menghadapai masalah dalaman & bagaimana saya nak bentuk @ didik anak saya terutama yg pertama itu agar mempunyai sikap penyayang.
Selain itu, adakah disebabkan dia masih belum boleh bercakap yg menyebabkan tindakannya yg terlalu agresif.

Anonymous said...

Salam Doc,
anak saya berusia 1 tahun 7 bulan .Masalah nya dia selalu demam waktu malam dan seperti biasa waktu siang.Ia berlarutan selama 2 minggu on off demamnya. Dia juga batuk berkahak tetapi tidak kerap.Saya dah bawa berjumpa doktor klinik biasa dan katanya kemungkinan asma.

Anonymous said...

Salam Doc,
anak lelaki saya berusia 1tahun genap masalah saya ialah perut anak saya berbentuk bulat,leper dan buncit yang abnormal semenjak lahir sehingga sekarang anak saya tak mahu makan nasi hanya boleh minum susu dan sedikit menjamah nestum jika terasa lapar itupun kadang kala muntah tetapi menyusu botol kerap cuma setiap susuan maksimum 4aunz saya telah berhubung melalui telefon ke klinik doktor bertanyakan ultrasound tetapi tiada kelengkapan tersebut,jawapan doktor sangatlah dihargai terima kasih.

ann said...

salam doc..
soalannya..saya ada bby berusia 4 bulan.masalahnya sekarang bby sya susah mau mbuang air besar.kadang2 ia blarutan sampai6 ke 7 hari.jika dia mbuang air besar pasti dia akn menangis2 tapi najis dia tidakla keras.utk pgtahuan doc bby sya myusu badan spenuhnya,tapi dia hanya myusu pda sebelah kiri sahaja pyudara sya.jika sya beri pd sbelah kanan dia xmahu.adakah disebabkan ini masalah ini tjadi?atau ada ke ia normal bg sorang bby seusianya atau ada pyakit lain?

Anonymous said...

Slm doc, saya mempunyai ank lelaki berusia 1thn 1bln.Sy amat bimbangkn ttg batuk nya berlarutan, batuk nya menyebabkn ank sy sesak nafas bibir hitam muka kemerahan & lemah , pernah sampai 3@4 kali dia kena waktu yg sama.Septtnya dia perlu menjalani pembedahan hernia (angin pasang)baru2 ni tp terpaksa dia tunda kerana kata doc kerajaan tekak nya ada infections, so mcm mana nk bg ank lelaki saya sembuh .Plz doc i really need ur big help, btw berapa anggaran kos klu buat pembedahan hernia (angin pasang) di hospital swasta??? Hope doc leh tolong saya .....

KYLE said...

Dr:
Anak lelaki saya berusia 9 bulan dan baru dapat dikesan kedua-dua testis tiada/tidak dapat dikesan dalam kumtum. Adakah masih belum turun atau sememangnya tiada. Adakah perlu pembedahkan dan apa kesan atas kelewatan mengesannya?
Harap Dr dpt bantu. TQ.

Anonymous said...

salam Dr,
saya mempunyai seorg baby girl berusia 8 bln,skrg ni dia BF + SUSU BOTOL, pada awal kelahiran sy memberinya minum susu mamex gold,tetapi susu uti menyebabkan sembelit,kemudian sy menukarnya kpd isomil,jg tidak sesuai kerana menyebabakan kembung,slps isomil sy cuba memberinya similac lf, tp masalah lain plak timbul,bdnnya penuh dgn bintat2 dan bengkak2,seperti allergy,sy ingin bertanya kpd Dr,apakah susu yg paling sesuai utk anak sy?jika boleh Dr syorkan..

Anonymous said...

salam Dr,
saya mempunyai seorg bby boy berusia 2 bulan stgh, skrg dia minum susu formula iaitu S26 Gold sejak dia lahir..tp sejak 2-3 hari ni dia terkena cirit-birit..jadi sy ingin bertanya kpd Dr apakah masalah sebenarnya dan apa perlu saya lakukan?

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr,

Anak lelaki sy skrg berumur 1tahun lebih. Semasa dia berumur 2bulan lebih sy dapati anak sy alahan pd susu lembu dan saya di nasihatkan supaya menggunakan Isomil.Pernah sy berikan sesudu fresh milk (tnpa perisa) dan tumpah atas badannya. Di bhgn badan yg terkena fresh milk tersebut terus jadi kemerah-merahan.Bila ank mula makan, sy berikan makanan berasaskan susu spt coklat,dan desert yg berasakan susu. Sy dapati anak sy tiada alahan bila makan makanan tersebut. Bila berumur 11bulan, sy berikan dia yogurt (dlm 2/3 sudu kecil) dan terbaru sy beri anak minum susu Dutch Lady UHT perisa coklat. Alhamdulillah, dia tak mengalami alahan. Soalan sy, jika sy berikan susu formula (susu lembu)yg ada dipasaran skrg, adakah ank sy akn alami alahan yg sama sedangkan jika diberi minum susu UHT, ank tiada alahan. Adakah kandungan laktosa susu UHT dgn Laktosa susu formula tidak sama? Atau sy boleh cuba berikan susu formula yg berperisa? Sbb apa yg sy nmpak,ank mgkin boleh minum susu berperisa atau makanan berasaskan susu, tapi tidak boleh beri minum pure milk (susu tnpa perisa).Ada tak cara utk hilangkan alahan ini? TQ.

Anonymous said...

salam doktor,

saya ingin bertanya adakah rawatan sonotron di klinik doktor.
anak saya mengalami masalah ledir/berkahak yang lama dan telah beberapakali menjalani rawatan di KPJ Kajang. rawatan yng digunakan seperti fisio n sedutan, gas,ubat-ubatan. Namun hasil agak mengecewakan.
adakah rawatan sonotron ini sesuai?

Rosmaliza said...

Salam..dr.
Saya mpunyai bby boy sya bru lahir..msalahmye dia kerap muntah slepas bf. Muntah bwarna kuning.adakah perkara biasa

Rosmaliza said...

Salam..dr.
Saya mpunyai bby boy sya bru lahir..msalahmye dia kerap muntah slepas bf. Muntah bwarna kuning.adakah perkara biasa

Anonymous said...

ASLMKM...dok anak saya jatuh 2 hr yang lalu dia terjatuh ke bawah seat kereta coz driver break emergncy so dia macam tersembam ke depan dr seat yang belakang serena ke bahagian tgh n kepala dia terhantuk di bawah seat penumpang depan ala2 terbang n tertiarap n terhantuk saya dah buat x ray tak der crack tp benjol sket kat kepala kanan x lebam x luka x der tanda2 macam doc kata tue tp hati saya risau coz bunyi kuat gak dia jatuh br nak masuk 4 tahun Jan nie...SAYA KUSUT bole explain utk saya

Anonymous said...

Assalamualaikum doktr, anak sy skrg brumur 11bulan, ttp sy melahrkn ktika umur kandungn 26mgu.. Kiranya bby prem lani.. Masala anak sy slepas je sembuh dr demam 1mgu lepas, bby kerap muntah slepas mkn mahu pn myusu..
-ibu risau.

Anonymous said...

assalamualaikum Dr...
Saya ingin mengandung anak ketiga tapi umur saya 40 tahun. bolehkah dr beritahu apa suplemen yang perlu saya makan untuk mengelak dari syndrow down.

Anonymous said...

Salam...doc nk tnya bby boy sy kna demam kuning agak jugam 15.2. ..di kpmc berapa kos 1hari kalo letak anak bawah lampu?mekasih

Anonymous said...

salam doktor, anak saya dah 1 tahun 4 bulan, dia dah dua hari demam, demam dia agak panas tapi bila saya mandikan dia dan bg ubat suhu dia menurun, tapi bila malam suhu meningkat balik,apa nasihat doktor?

mama liqa said...

Salam Dr, anak saya berusia 6bulan setengah. Baru2 ni dia mendapat jangkitan kulit seperti bisul di lengan kemudian jangkitan di kemaluan. Dr memberi ubat sapu, jangkitan di kemaluan ilang tetapi meninggalkan bekas warna kulit yang tidak sekata. Tetapi bisul di lengannya membiak menjadi 3biji. Kemudian merebak di kaki dan tangan. Sy pn bawa ke paed, paed sahkan kudis buta. Ubat yang diberi antibiotik augmentin, ubat sapu eurax dan fobancort. sy dh sapu eurax seluruh badan kecuali muka dan kepala dan tempat bermasalah menggunakan fobancort setiap kali selepas mandi selama 5 hari berturut-turut. Tapi sehingga kini ruam masih ada tetpi biji seperti bisul dah kering. sekarang saya perasan bb saya menggaru badan yang ruam, muka dan kepalanya. Boleh ke saya sapu ubat eurax di kepala dan mukanya? (ikut pada Dr paed, augmentin makan 2 kali sehari utk 1ml) saya pula bg sekali sehari kerana sering terlupa, boleh ke saya sambung bagi dia makan antibiotik tu memandangkan kondisinya masih belum pulih. Maaf soalan yang agak panjang.

Sufi Imaan said...

Salaam doc... mohon pendapat... anak sy berumur 4++ thun... sejak akhir2 ini batuk dia berlarutan tapi doc GP kata tiada mslh dgn paru2... namun maslhnya, dia mudah muntah2 apabila batuk esp waktu mlm... seminggu dua ini dia tidak berminat utk makan dan minum susu, kerap cirit birit dan berat bdn kelihatan turun agak ketara. Sy boleh dihubungi di 0193192192

Anonymous said...

Saya nak tanya, anak saya berusia 2 bulan setengah. Die dah start campur susu. Di sebabkan susu saya makin berkurangan. Sekarang saya bg susu s26 gold nursury soya. Tp tin kecik.. anak saya suke minum. Tp die tak berak.. adakah susu tu tidak sesuai bagi die?

Noor Sita Pa said...

slm... doc bby saya umur 4 bln lebih penah terkena scabies.dan alhamdulillah dah ok.cuma utk pengetahuna doc sy akan beraya dkt kg kebetulan pembawa scabies yg terkena bby saya ada dkt kg.di sini sy cuma nak tahu dkt klinik dr saiful ada x jual ubat untuk scabies

Anonymous said...

salam.doktor, ank lelaki saya dilahirkan tanpa lubang dubur.Skarang umurnya 8 bulan.adakah sekiranya sy mengandung lagi risiko2 seperti ketidak normalan mendapat ank spt ini berlaku lagi.apakah punca sebenar kanak2 dilahirkan tiada lubang dubur?

ZACK said...

assalam doktor boleh beri perundingan untuk kanak kanak dari segi tingkah laku dan perkembangan mental kanak kanak?

ZACK said...

assalam doktor boleh beri perundingan untuk kanak kanak dari segi tingkah laku dan perkembangan mental kanak kanak?

Mazlina Ab Rahman said...

Assalam doc.sy nk tanya psl batuk brkahak..anak sy dh nk msk 2 bln dh batuk brkahak.mcm2 ubat dh mkn..sy dh jmpa pakar kanak2 n dia bg anak sy neb n ubat batuk, selsema, kahak n ubat jnk paru2. Adakah ubat paru2 tu elok diberikan n apa fungsinya..

Mazlina Ab Rahman said...

Assalam doc.sy nk tanya psl batuk brkahak..anak sy dh nk msk 2 bln dh batuk brkahak.mcm2 ubat dh mkn..sy dh jmpa pakar kanak2 n dia bg anak sy neb n ubat batuk, selsema, kahak n ubat jnk paru2. Adakah ubat paru2 tu elok diberikan n apa fungsinya..

Anonymous said...

Salam dr.ank saya 5bln kurang membuang air kecil.tgk kt pampers dipakai kdg2 ad sedekit cecair yg berwrna merah cair.pe mslhnya?

Shyfa Hezrey said...

Assalamualaikum Dr Saiful,

Saya mempunyai beberapa pertanyaan mengenai anak ketiga saya.
Saya juga pernah mendapatkan rawatan di sana dan merupakan pelanggan di KPMC.

Anak saya dilahirkan pada tahun 2009
Sifatnya sungguh berbeza daripada abang dan kakaknya
Dia seorang yang pendiam, kurang bergaul dan tinggi daya imiginasi, suka bermain sendirian

Dia boleh bercakap tetapi sangat pelat
Sekarang telah berusia 5 tahun
Saya telah menghantarnya ke tadika semenjak umur 4 tahun
Sayangnya sampai sekarang dia masih belum dapat menghafal ABC, 123
jika Iqra, alhamdulillah, dia dapat menghafal dan mengenal bacaan jawi

Apa yang perlu saya buat
adakah anak saya autisme atau dylexia

Anonymous said...

Slm Dr.
Saya ingin bertanya kpd dr. Sekarang anak ke-2 saya sakit HFMD. ...hari ni dah 5 hari dia terkena HFMD....Adakah peluang saya dijangkiti HFMD besar?....dan sekiranya saya dijangkiti HFMD, Adakah saya akan memudarat kesihatan bayi saya yg kini berusia 29 hari (masih dlm berpantang) kerana bayi saya menyusu susu ibu sepenuhnya.?
Terima kasih.....

Anonymous said...

Salam doktor..berapa kos pembedahan hernia di hospital swasta?.anak akan dibedah pada bln 11.sekarang baru bln 7.jd adakah risiko bila jarak msa untuk bedah tetlalu lama?