Tuesday, September 11, 2007

Vaksin untuk Rotavirus


Keadaan kanak-kanak yang mengalami dihidrasi (dehydration)
Rotavirus adalah virus yang menyebabkan penyakit cirit birit. Kebanyakan penyakit ini berlaku pada kanak-kanak berusia 6 bulan ke 2 tahun. Kanak-kanak yang diserang rotavirus akan mengalami sakit perut, cirit birit, demam, muntah dan dihidrasi sekiranya cirit birit dan muntah berterusan. Dihidrasi yang teruk boleh membahayakan kanak-kanak yang diserang rotavirus dan perlu rawatan segera. Sekarang ini kita mempunyai vaksin yang boleh diberi kepada anak-anak kita seawal usia mereka 2 bulan sehingga 6 bulan untuk mencegah mereka daripada mendapat jangkitan rotavirus ini.

1 comment:

Anonymous said...

Salam sejahtera Dr.
Saya tertarik dengan penerangan mengenai rotavirus, pertanyaan saya bolehkah vaksin diberi lagi kepada kenak-kanak yang sudah menjangkau umur 3 tahun ke atas. terima kasih.