Tuesday, September 11, 2007

Jadual Klinik Sepanjang Ramadan

Sepanjang bulan Ramadan ini wkatu klinik adalah seperti berikut:

ISNIN : 10.00 AM - 1.00 PM & 6.00 PM - 9.30 PM

SELASA- RABU: 10.00 AM - 4.30 PM

KHAMIS - JUMAAT: 6.00 PM - 9.30 PM

SABTU: 10.00 AM - 4.30 PM

AHAD: 10.00 AM - 1.00 PM

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak

1 comment:

Anonymous said...

Assalammualaikum doktor,

Saya ada masalah berkenaan anak saya yang sangat merunsingkan saya. Anak saya adalah seorang perempuan berumur 3 tahun. Sejak umurnya setahun setengah sehingga lah sekarang, anak saya mempunyai habit yang menakutkan. Dia gemar meniarap dan tangannya menekan-nekan alat sulitnya. Dan sekarang apabila dia sudah agak besar, kadang kala dia menggeselkan alat sulitnya pada besi katil ataupun dengan menggunakan bantal. dia seolah-olah seronok dengan berbuat demikian. pada awalnya (sewaktu usianya setahun setengah) saya merasakan perkara itu mungkin normal kerana dia masih kecil, jadi mungkin dia tidak selesa dengan pampers yang dipakainya. Sekarang, perkara itu masih berlarutan dan hampir setiap hari dia akan melakukannya. jadi, bila usianya yang kini sudah agak besar, saya sering mencubit nya dan merotannya (dgn kadar perlahan) agar dia meninggalkan tabiat tersebut. Namun dia nampaknya sukar sekali meninggalkan tabiat itu. Jika hendak memukulnya terlalu kuat, saya bimbang dia akan cedera kerana dia masih kecil lagi. Doktor, apakah yang telah berlaku kepada anak saya?