Saturday, July 14, 2007

Adakah Simanja Anda Alergi?





House dust mite



Alergi pada kulit

Alergi atau alahan adalah keadaan tubuh yang hipersensitif kepada bahan-bahan asing. Ini meyebabkan tubuh simanja anda bertindakbalas secara lebih daripada biasa apabila terdedah kepada bahan-bahan asing tersebut. Contoh-contoh alergi adalah alergi kepada ubat-ubat tertentu, alergi kepada susu atau produk tenusu atau alergi kepada persekitaran seperti hama atau 'house dust mite'

Tanda dan gejala alergi
Gejala yang paling kerap terjadi adalah ruam pada kulit dan gatal-gatal. Walaubagaimanpun terdapat tanda-tanda yang bahaya seperti susah bernafas yang memerlukan rawatan segera. Tanda-tanda lain yang boleh berlaku adalah seperti kembung perut, cirit-birit, merah dan gatal bahagian mata.

Cara pencegahan daripada alergi
1. Memberi susu ibu sepenuhnya (exclusive breastfeeding) kepada simanja anda yang baru lahir pada 6 bulan yang pertama

2. Memberi makanan tambahan hanya selepas 6 bulan dan memulakan makanan yang tidak mendatangkan alergi terlebih dahulu.
3. Jika susu ibu tidak dapat diberi, alternatif yang terbaik adalah dengan memberi susu hipoalergenik bagi megurangkan risiko alergi.
4. Menjaga kebersihan persekitaran dalam dan luar rumah bagi megurangkan alergi kepada house dust mite