Tuesday, May 23, 2006

Vaksin terhadap Cacar-air (Chicken-pox)

Cacar air merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai "Varicella Virus". Seseorang itu boleh dijangkiti melalui pernafasan ataupun terkena cecair pada mereka yang megidapi penyakit cacar air ini. Komplikasi cacar air boleh berlaku di mana virus ini boleh menyebabkan radang paru-paru, radang otak dan parut pada kulit. Biasanya kanak-kanak yang diajangkiti cacar air akan demam yang agak kuat dan mendapat "blister" yang berair pada muka dan badan. Ini akan berlanjutan lebih kurang dua minggu untuk sembuh. Kemungkinan untuk mendapat kayap "Shingles" pun boleh berlaku pada masa akan datang pada mereka yang pernah mendapat penyakit cacar air ini.
Sekarang ini kita mempunyai vaksin yang boleh mencegah anak-anak kesayangan kita daripada mendapat penyakit cacar air ini. Vaksin ini boleh diberi kepada kanak-kanak yang berumur setahun ke atas. Sila berjumpa pakar kanak-kanak anda untuk mendapat keterangan lanjut mengenai vaksin ini.






Kayap (Shingles)