Tuesday, January 03, 2006

Salam Tahun Baru 2006

Selamat menyambut kedatangan tahun baru 2006 kepada semua. Semoga tahun ini akan mendatangkan kebaikan untuk kita sekeluarga. Sebagai ibu bapa sudah semestinya kita sibuk pada awal-awal tahun sebegini terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang akan bersekolah semula atau baru memasuki alam persekolahan. Alam persekolahan merupakan masa yang penting untuk anak-anak kita bukan sahaja untuk berlajar membaca, menulis dan mengira tetapi belajar untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya mereka. Di sini mereka akan belajar untuk bermain bersama-sama, balajar untuk bertolak ansur, untuk bekerjasama, menghormati rakan sebaya dan lain-lain perkara lagi. Adalah penting kita sebagai ibu bapa mengambil tahu akan perkara yang berlaku di sekolah dan bertanya kepada anak-anak kita akan aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan di sekolah.

5 comments:

Anonymous said...

Doktor,

Anak saya berumur 8 bulan, dan sedang aktif merangkak dan berdiri di tepi2 meja dan sebagainya tetapi saya perhatikan semasa anak saya merangkak ibu jari tgn kiri beliau tidak terbuka. Beliau hanya merangkak dgn 4 jari terbuka dan tidak ibu jarinya. perkara ini amat merunsingkan saya, adakah ia normal?

sekian, terima kasih.

Dr Saiful Bahri Jaudin MBBS (Mal), MMed(Paed)UKM said...

Adalah biasa bagi sesetegah bayi membengkokkan ibu jari mereka semasa merangkak. Keadaan ini adalah sementara sahaja dan InsyaAllah akan beransur pulih apabila dia semakin kuat dan boleh menggunakan bahagian anggotanya yang lain untuk bergerak. Jika keadan sebegini berterusan walaupun setelah dia boleh berjalan dan mencapai umur setahun maka perlu dibawa berjumpa doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut

Sekian
Dr Saiful

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr. Saiful,

Saya mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 4 1/2 tahun. Masalah anak saya ialah, sejak lebih sebulan kebelakangan ini dia kerap muntah. Pada awalnya anak saya mengalami batuk berkahak. Biasanya bila batuk, saya dapatkan ubat batuk dan ubat pencair kahak dari klinik. Ini kerana bila batuk, dia akan turut mengalami muntah akibat kahak. Biasanya masalah muntah ini akan hilang sebaik batuknya pulih. Sejak kali terakhir dia pulih dari batuk, dia masih mengalami muntah-muntah (seminggu dalam 2-3 kali)terutamanya ketika sedang nyenyak tidur di waktu malam. Biasanya sebelum muntah dia akan mengalami batuk yang teruk secara tiba-tiba dan terus memuntahkan semua makanan yang telah diambil sebelumnya. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini muntahnya sudah tidak kerap (walaupun masih berlaku setiap minggu). Dia juga telah diberikan ubat cacing sebulan yang lalu. Kelmarin, dia mengalami demam panas dan sepanjang hari anak saya muntah 5-6 kali. Walaupun keluarga sebelah suami saya mempunyai sejarah asma yang kronik, tetapi menurut doktor yang pernah merawat anak saya, dia bebas dari penyakit itu setakat ini.Beberapa doktor yang merawat anak saya dari klinik yang sama mempunyai pendapat yang berbeza. Ada yang mengatakan itu muntah biasa, tetapi ada yang begitu "concern" terutama setelah meneliti sejarah perubatan anak saya yang sejak lahir kerap mengalami muntah (Bagaimanapun ia beransur hilang setelah usianya meningkat, kecuali apabila batuk). Untuk pengetahuan doktor, anak sulung saya (lelaki berusia 6 1/2 tahun) menghidap penyakit allergic rhinitis dan tonsil kiri yang bengkak. Saya harap doktor dapat memberikan suatu penjelasan yang boleh membantu saya. Terima kasih.

Anonymous said...

Doktor ni tak suka cek website sendiri ke? Pertanyaan yang dihantar sejak beberapa bulan lepas tak berjawab pun.

Noraini Jaafar said...

Mohon dr saiful masuk kan waktu temujanji jika tak keberatan ...saya akan membawa anak saya untuk berjumpe dengan doktorq dalam masa terdekat.. Asthma anak sya makin teruk...terima kasih