Tuesday, January 17, 2006

Adakah Anak Anda Mengidapi Asthma?

Ya..jika dia mempunyai simptom-simptom berikut:
1-batuk yang berpanjangan terutamanya pada waktu malam atau awal pagi
2. Merasa susah untuk bernafas setiap kali batuk-batuk
3. Terdengar bunyi "wheezing'" iaitu bunyi seakan whisel semasa membuang nafas
4. Batuk-batuk atau susah untuk bernafas semasa atau setelah bermain
5. Batuk selepas memakan makanan atau minuman sejuk atau pun terdedah pada persekitaran yang sejuk atau berhabuk
6. Merasa lega selepas menerima rawatan nebulizer.

Asthma merupakan penyakit saluran pernafasan yang kronik , di mana saluran pernafasan tersebut menjadi sensitif kepada alergen (faktor persekitaran, makanan etc). Ini menjadikan saluran pernafasan tersebut mengecut, bengkak dan mengeluarkan mukus apabila terdedah kepada alergen-alergen tersebut. Ini menjadikan pengidap asthma susah untuk bernafas apabila mendapat serangan asthma.

Kanak-kanak yang mengidap asthma boleh diketogorikan kepada 2 kumpulan utama. Asthma yang tidak kerap (mild intermittent asthma) dan Asthma yang kerap (Persistent Asthma). Bagi mereka yang megidap asthma yang kerap, simptom-simptom sperti di atas berlaku lebih kerap dan lebih teruk. Jika anak anda mengidap Asthma yang kerap maka perlulah bagi mereka untuk mendapatkan rawatan pencegahan dimana doktor pakar akan memberi ubat untuk mengawal penyakit anak anda supaya mereka boleh menjalani kehidupan yang riang dan penyakit mereka tidak menjadi bertambah teruk.

11 comments:

darrelingals0475272173 said...

I read over your blog, and i found it inquisitive, you may find My Blog interesting. So please Click Here To Read My Blog

http://pennystockinvestment.blogspot.com

Anonymous said...

Dr Saiful, musim cuti chinese new year bila buka klinik semula?

Dr Saiful Bahri Jaudin MBBS (Mal), MMed(Paed)UKM said...

Klinik akan dibuka seperti biasa mulai 1/2/2006 (Rabu)

Terima kasih
Dr Saiful

anuar said...

Salam Dr. Saiful,

Anak saya berumur 7bulan. Baru-baru ini dia alami demam, selsema dan batuk. Alhamdulillah, demam dan selsemanya sudah sembuh cuma yang amat merunsingkan saya, batuknya yang masih belum reda.

Batuknya berkahak dan bila terlalu lama batuk (batuk berpanjangan), kedengaran seperti batuk kering. Malah kadang-kala lepas saya beri minum susu, bila dia batuk, susu tu akan keluar balik dgn banyak.

Adakah serius batuk anak saya ni Dr.? dah 2kali sy bawa ke klinik tp masih tiada perubahan.

Anonymous said...

Salam Dr,
Saya mempunyai bayi lelaki berusia 10 bulan. Sepanjang 10 bulan ini, dia kerap mengalami batuk (purata 2 bulan sekali) setiap kali batuk, doktor akan memberi ubat batuk & ubat cegah kahak.

Jan 2011, dia sudah mnengalami batuk yang ke -6. Baru-baru ini, doktor yang biasa merawat bayi saya itu telah mencadangkan bayi saya menggunakan inhaler, 2x sehari (biasa) & pakai bila perlu utk tempoh 6 bulan.

Soalan saya:-
1) Adakah inhaler sesuai/boleh diberikan kepada bayi yang berusia bawah pada 2 tahun.

2) Betulkah ubat batuk tidak boleh diberi kepada bayi yang berusia bawah pada 1 tahun.

3) Antara nebulizer & inhaler, yang manakah memberi kesan sampingan yang paling kurang kepada bayi.

Anonymous said...

salam doc anuar...
anak sy br b'usia 2 bln...dia mengalami batuk berkahak...bagaimana cara sy boleh membantu anak sy utk buang kahak selain dr mkn ubat...setiap kali batuk dia akan telan semula kahak tersebut...slps batuk dia akan penat y t'amat sgt perlukh sy bw dia ke hospital utk dptkn oksigen???

Sakinah Samsu said...

salam doktor,
anak saya baru 2 tahu,dia mengalami asma semasa umur 1 tahun,tiap kali diserang asma tiap kalilah saya ke klinik ambil nebulizer.saya nak minta pendapat doktor ada rawatan susulan?

Anonymous said...

Hey there! Do you use Twitter? I'd like to follow you if that would be ok. I'm definitely enjoying your blog and look forward to new updates.


Here is my blog post; produces

Anonymous said...

Salam doc,anak saya br 19hari.dia kerap muntah susu dan susu tu akan masuk semula.mlm2 dia xselesa tidur.hidungnya pun berbunyi2.boleh ka sy memberinya nebulizer?

Anonymous said...

Assalam Dr,

Nak tanya pendapat Dr soalan kawan saya ni.

Assalam rakan2 yg sy hormaty..
Sy mohon pertolongan dr rakan2 semua..klau ade sape2 tahu kt mna d kwsn kita ada ustaz2 or klinik2 pkar yg speciallist tentang asthma kronik inform sy ye..sy nk cb smda perubatan moden or alternatif..klau ada inform sy ye..pleezz sgt2..tq

Anor Safiyya ASC said...

As Salam Dr. Saiful..sy nak mintak pendapat Dr mengenai anak sy..anak skrg dah nak masuk usia 8 bulan dan dah x menyusu badan..dia dapat menyusu badan sehingga usia 6 bulan sahaja sebab susu drop dan skrg hanya minum susu formula dan solid food..sejak dia minum formula nih sy dapati yang dia kerap batuk dan selsema..batuk dia jenis yang teruk..lagi2 pada waktu malam..kerap jugak sy bawak dia pergi klinik untuk buat pemeriksaan..so far Dr yang cek anak sy kata paru2 anak ok cuma kahak dia banyak..Dr bagi ubat cairkan kahak..ubat radang tekak n gas nebulizer..dan terbaru Dr bagi serbuk singulair untuk paru2 dia..tapi sy tgk masih x ada perubahan..saya rasa mungkin anak sy alergi susu yg sy beri then sy tukar susu lain..tapi masih jugak batuk teruk..boleh tak Dr bagi pendapat dan saranan apa yang perlu sy lakukan..

untuk pengetahuan Dr. sy dan keturunan belah mak memang jenis yang bila batuk sangat teruk..belah suami pulak ad yang asma..adakah anak sy juga berkemungkinan dia mengalami penyakit keturunan..