Tuesday, January 17, 2006

Adakah Anak Anda Mengidapi Asthma?

Ya..jika dia mempunyai simptom-simptom berikut:
1-batuk yang berpanjangan terutamanya pada waktu malam atau awal pagi
2. Merasa susah untuk bernafas setiap kali batuk-batuk
3. Terdengar bunyi "wheezing'" iaitu bunyi seakan whisel semasa membuang nafas
4. Batuk-batuk atau susah untuk bernafas semasa atau setelah bermain
5. Batuk selepas memakan makanan atau minuman sejuk atau pun terdedah pada persekitaran yang sejuk atau berhabuk
6. Merasa lega selepas menerima rawatan nebulizer.

Asthma merupakan penyakit saluran pernafasan yang kronik , di mana saluran pernafasan tersebut menjadi sensitif kepada alergen (faktor persekitaran, makanan etc). Ini menjadikan saluran pernafasan tersebut mengecut, bengkak dan mengeluarkan mukus apabila terdedah kepada alergen-alergen tersebut. Ini menjadikan pengidap asthma susah untuk bernafas apabila mendapat serangan asthma.

Kanak-kanak yang mengidap asthma boleh diketogorikan kepada 2 kumpulan utama. Asthma yang tidak kerap (mild intermittent asthma) dan Asthma yang kerap (Persistent Asthma). Bagi mereka yang megidap asthma yang kerap, simptom-simptom sperti di atas berlaku lebih kerap dan lebih teruk. Jika anak anda mengidap Asthma yang kerap maka perlulah bagi mereka untuk mendapatkan rawatan pencegahan dimana doktor pakar akan memberi ubat untuk mengawal penyakit anak anda supaya mereka boleh menjalani kehidupan yang riang dan penyakit mereka tidak menjadi bertambah teruk.

Tuesday, January 03, 2006

Salam Tahun Baru 2006

Selamat menyambut kedatangan tahun baru 2006 kepada semua. Semoga tahun ini akan mendatangkan kebaikan untuk kita sekeluarga. Sebagai ibu bapa sudah semestinya kita sibuk pada awal-awal tahun sebegini terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang akan bersekolah semula atau baru memasuki alam persekolahan. Alam persekolahan merupakan masa yang penting untuk anak-anak kita bukan sahaja untuk berlajar membaca, menulis dan mengira tetapi belajar untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya mereka. Di sini mereka akan belajar untuk bermain bersama-sama, balajar untuk bertolak ansur, untuk bekerjasama, menghormati rakan sebaya dan lain-lain perkara lagi. Adalah penting kita sebagai ibu bapa mengambil tahu akan perkara yang berlaku di sekolah dan bertanya kepada anak-anak kita akan aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan di sekolah.