Tuesday, May 23, 2006

Vaksin terhadap Cacar-air (Chicken-pox)

Cacar air merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai "Varicella Virus". Seseorang itu boleh dijangkiti melalui pernafasan ataupun terkena cecair pada mereka yang megidapi penyakit cacar air ini. Komplikasi cacar air boleh berlaku di mana virus ini boleh menyebabkan radang paru-paru, radang otak dan parut pada kulit. Biasanya kanak-kanak yang diajangkiti cacar air akan demam yang agak kuat dan mendapat "blister" yang berair pada muka dan badan. Ini akan berlanjutan lebih kurang dua minggu untuk sembuh. Kemungkinan untuk mendapat kayap "Shingles" pun boleh berlaku pada masa akan datang pada mereka yang pernah mendapat penyakit cacar air ini.
Sekarang ini kita mempunyai vaksin yang boleh mencegah anak-anak kesayangan kita daripada mendapat penyakit cacar air ini. Vaksin ini boleh diberi kepada kanak-kanak yang berumur setahun ke atas. Sila berjumpa pakar kanak-kanak anda untuk mendapat keterangan lanjut mengenai vaksin ini.






Kayap (Shingles)

Tuesday, February 07, 2006

Penyakit Pneumokokal dan Pencegahanya

Rajah - Otitis Media - jangkitan telinga tengah



Rajah 1- Otak yang diangkiti kuman (Meningitis )


Penyakit Pneumokokal adalah penyakit-penyakit yang disebabkan oleh kuman bakteria Streptococcus pneumoniae. Penyakit-penyakit yang serius ini kebanyakannya berlaku pada kanak-kanak terutamanya mereka yang berumur 2 tahun ke bawah.
Di antara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh kuman ini adalah:
1. Meningitis - iaitu jankitan selaput otak (meninges). Penykait ini adalah serius dan boleh membawa maut dan meyebabkan komplikasi-komplikasi yang serius seperti lumpuh, hilang pendegaran, kecacatan otak.
2. Pnemonia- iaitu jangkitan paru-paru. Ini meyebakan bayi atau kanak-kanak tersebut akan demam kuat, batuk dan susah untuk bernafas.
3. Bacteraemia- Jangkitan kuman di dalam darah. meyebabkan simptoms seperti demam kuat. lemah dah bernafas laju. Kuman di dalam darah ini boleh menjangkiti organ-organ lain seperti paru-paru, otak , buah pinggang dan sebagainya
4. Oititis Media- iaitu jangkitan telinga tengah. Ini meyebakan telinga berasa sakit, kurang pendegaran dan cecair kuning keluar melalui saluran telinga.

Rajah 2- paru-paru yang dijangkiti kuman (pneumonia)

Sekarang ini terdapat Vaksin yang boleh diberi kepada anak-anak kita bagi mencegah mereka daripada mendapat jangkitan yang disebabkan oleh kuman Streptococcus pneumoniae ini. Para ibu bapa boleh berjumpa doktor pakar kanak-kanak untuk mendapatkan penerangan lanjut megenai vaksin ini.

Tuesday, January 17, 2006

Adakah Anak Anda Mengidapi Asthma?

Ya..jika dia mempunyai simptom-simptom berikut:
1-batuk yang berpanjangan terutamanya pada waktu malam atau awal pagi
2. Merasa susah untuk bernafas setiap kali batuk-batuk
3. Terdengar bunyi "wheezing'" iaitu bunyi seakan whisel semasa membuang nafas
4. Batuk-batuk atau susah untuk bernafas semasa atau setelah bermain
5. Batuk selepas memakan makanan atau minuman sejuk atau pun terdedah pada persekitaran yang sejuk atau berhabuk
6. Merasa lega selepas menerima rawatan nebulizer.

Asthma merupakan penyakit saluran pernafasan yang kronik , di mana saluran pernafasan tersebut menjadi sensitif kepada alergen (faktor persekitaran, makanan etc). Ini menjadikan saluran pernafasan tersebut mengecut, bengkak dan mengeluarkan mukus apabila terdedah kepada alergen-alergen tersebut. Ini menjadikan pengidap asthma susah untuk bernafas apabila mendapat serangan asthma.

Kanak-kanak yang mengidap asthma boleh diketogorikan kepada 2 kumpulan utama. Asthma yang tidak kerap (mild intermittent asthma) dan Asthma yang kerap (Persistent Asthma). Bagi mereka yang megidap asthma yang kerap, simptom-simptom sperti di atas berlaku lebih kerap dan lebih teruk. Jika anak anda mengidap Asthma yang kerap maka perlulah bagi mereka untuk mendapatkan rawatan pencegahan dimana doktor pakar akan memberi ubat untuk mengawal penyakit anak anda supaya mereka boleh menjalani kehidupan yang riang dan penyakit mereka tidak menjadi bertambah teruk.

Tuesday, January 03, 2006

Salam Tahun Baru 2006

Selamat menyambut kedatangan tahun baru 2006 kepada semua. Semoga tahun ini akan mendatangkan kebaikan untuk kita sekeluarga. Sebagai ibu bapa sudah semestinya kita sibuk pada awal-awal tahun sebegini terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang akan bersekolah semula atau baru memasuki alam persekolahan. Alam persekolahan merupakan masa yang penting untuk anak-anak kita bukan sahaja untuk berlajar membaca, menulis dan mengira tetapi belajar untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya mereka. Di sini mereka akan belajar untuk bermain bersama-sama, balajar untuk bertolak ansur, untuk bekerjasama, menghormati rakan sebaya dan lain-lain perkara lagi. Adalah penting kita sebagai ibu bapa mengambil tahu akan perkara yang berlaku di sekolah dan bertanya kepada anak-anak kita akan aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan di sekolah.