Tuesday, December 20, 2005

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu

World Health Organisation (WHO) meyarankan supaya para ibu memberi susu ibu sepenuhnya kepada bayi mereka sehingga mereka berumur 6 bulan dan meneruskan penyusuan susu ibu sehingga mencapai umur 2 tahun

Kebaikan susu ibu kepada bayi:
1. Makanan terbaik untuk bayi . Mengandungi kesemua zat-zat makanan yang penting untuk tumbesaran
2. Menagndungi zat khusus untuk perkembangan otak
3. Susu pertama (kolustrum) kaya dangan antibodi semulajadi yang penting untuk melindungi bayi daripada penyakit-penyakit berjangkit
4. Megurangkan risiko untuk mendapat kolik dan ketidakhadaman

Kebaikan susu ibu keapda ibu/kelauarga:
1. Megeratkan kasih sayang
2. Membantu mengecutkan rahim dan megelakkan tumpah darah selepas bersalin
3. Mengurangkan risiko mendapat barah buah dada dan ovari
4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya merupakan kaedah untuk menjarakkan kelahhiran.
5. Ekonomikal.

Adalah penting untuk para ibu berazam untuk memeberi susu ibu selama mungkin bagi mendapatkan kebaikan sepenuhnya.

7 comments:

Anonymous said...

assalakualaikum dr,

Saya merupakan seorg ibu kepada seorg anak lelaki berusia 7 bulan. Sekarang baby saya aktif panjat memanjat dan berdiri.. beliau kerap terjatuh.. dan malam tadi anak saya telah jatuh katil dgn muka tersembam ke lantai.. ada bengkak sedikit di dahi.. adakah anak saya selamat.. apa yg patut saya buat?..sekian terima kasih

Dr Saiful Bahri Jaudin MBBS (Mal), MMed(Paed)UKM said...

Wa'alaikumsalam wbt puan,
Bila kanak-kanak terjatuh apa yang merisaukan kita adalah jika terdapat masalah kecederaan pada bahagian otak atau tidak. Jika terdapat tanda-tanda di bawah dalam masa 24 jam selepas terjatuh maka hendaklah membawa segera berjumpa doktor
1. Jika anak itu pengsan selepas terjatuh walaupun sekejap
2 Jika terdapat perdarahan atau cecair jernih (cerebrospinal fluid) keluar melalui hidung atau telinga
3. Jika dia kerap muntah yang memancut-mancut (projectile vomitting)
4. Jika dia sawan tarik (seizure)
5. Jika dia tidak aktif seperti biasa dan tidak mahu menyusu
6. Jika terdapat perubahan fizikal seperti lemah satu anggota, mata jadi juling secara tiba-tiba, mulut hirut semasa menangis.

Jika anak puan aktif seperti biasa maka InsyaAllah tiada masalah yang perlu puan risaukan, cuma pastikan dia tidak terjatuh lagi.

Dr Saiful

Anonymous said...

terima kasih doktor diatas penerangan yg telah diberikan..

Anonymous said...

assalamualaikum
Na tanye doc sikit,baby saye baru berumur 2bulan,die BF ngan Formula…saye beri susu similac advanve eye Q mase mule2 beri die jarang berak 2-3hari sekali…tp taik die xkeras,baru2 ni saye tgk die cm payah sket mase teran smpai merah2 muka so saye tukar susu die kepada S26 alpha pro masalah berak ok,cume die muntah2,so saye tukar balik similac…baru sehari tukar balik similac tgk2 pagi td die meneran payah sgt2 dan ngagis2,bile na cuci tu saye tgk taik die seketul ngan cair..bole tlg advise kan saye x?na kene tukar susu ke?sebab saye da try NAN also,die muntah na juga similac tu…TQ so much

Anonymous said...

untuk pengetahuan semua.. susu insomac dibuktikan tidak halal dan boleh menyebabkan implikasi yg teruk... mengandungi hormon manusia

~dear diary~ said...

Assalamualaikum dr,
Saya ada satu soalan...bayi saya berumur 5 bulan dan memyusu badan sepenuhnya...selama ini kekerapan dia membuang air besar adalah konsisten iaitu sehari sekali..tp sekarang sudah 5 hari dia tidak membuang..adakah ini normal atau saya patut membawanya ke klinik untuk pemeriksaan?terima kasih..

~dear diary~ said...

Assalamualaikum dr,
Saya ada satu soalan...bayi saya berumur 5 bulan dan memyusu badan sepenuhnya...selama ini kekerapan dia membuang air besar adalah konsisten iaitu sehari sekali..tp sekarang sudah 5 hari dia tidak membuang..adakah ini normal atau saya patut membawanya ke klinik untuk pemeriksaan?terima kasih..