Monday, October 31, 2005

Salam Aidil Fitri

Syawal bakal menjelang..... sebagai ibu bapa pastinya kita sibuk dengan kerenah anak-anak kita dalam persiapan menyambut 1 Sayawal. Ramai antara kita sedang bersiap-siap untuk pulang ke kampung halaman tercinta. Pastikan kita membawa ubat-ubat penting seperti ubat deman dan ubat-ubat yang lain jika anak-anak kita masih perlu mengambil ubat-ubat tersebut. Kanak-kanak yang mengidap penyakit seperti lelah yang kerap (persistent asthma) perlu untuk meneruskan ubat yang terlah disyorkan oleh pakar kanak-kanak dan pastikan ubat ini dibawa bersama semasa pulang ke kampung.

Di kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri - maaf zahir dan batin. Ingatlah anak-anak kita dan pastikan mereka bergembira dihari lebaran ini dan pandulah berhati-hati semasa di jalan raya.

Klink akan dibuka semula seperti biasa mulai 9/11/2005 (Rabu).

No comments: