Monday, October 31, 2005

Salam Aidil Fitri

Syawal bakal menjelang..... sebagai ibu bapa pastinya kita sibuk dengan kerenah anak-anak kita dalam persiapan menyambut 1 Sayawal. Ramai antara kita sedang bersiap-siap untuk pulang ke kampung halaman tercinta. Pastikan kita membawa ubat-ubat penting seperti ubat deman dan ubat-ubat yang lain jika anak-anak kita masih perlu mengambil ubat-ubat tersebut. Kanak-kanak yang mengidap penyakit seperti lelah yang kerap (persistent asthma) perlu untuk meneruskan ubat yang terlah disyorkan oleh pakar kanak-kanak dan pastikan ubat ini dibawa bersama semasa pulang ke kampung.

Di kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri - maaf zahir dan batin. Ingatlah anak-anak kita dan pastikan mereka bergembira dihari lebaran ini dan pandulah berhati-hati semasa di jalan raya.

Klink akan dibuka semula seperti biasa mulai 9/11/2005 (Rabu).

Wednesday, October 12, 2005

Salam Ramadan Al-Mubarak

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua. Di bulan yang mulia ini kita boleh melatih anak-anak kita menghayati erti Ramadan dan juga melatih mereka berpuasa seawal umur mereka 5 tahun. Walaubagaimanapun kita perlu melihat akan kemampuan mereka dan jangan sesekali memaksa mereka. Kita boleh mulakan dengan menyuruh mereka berpuasa beberapa jam sehari dan tingkatkan dari sehari ke sehari. Adalah tidak elok jika kita janjikan mereka dengan ganjaran seperti wang ringgit, hadiah dan sebagainya kerana ini bertentangan dengan falsafah Ramadan itu sendiri.

Sepanjang bulan Ramadan ini Klink Pakar Kanak- Kanak Saiful akan dibuka seperti berikut:

Isnin, Selasa, Rabu : 9.00am-5.00pm
Khamis,Jumaat : 5.00pm-10.00pm
Sabtu : 9.00am-5.00pm
Ahad : 9.00am-1.00pm