Monday, July 25, 2005

Imunisasi

Imunisasi adalah proses memberi antigen (micr0-organisma yang dimatikan/lemah atau sebahagian protien micro-organisma tersebut) supaya badan dapat menghasilkan antibodi yang cukup untuk melindungi anak-anak kita daripada penyakit-pnyakit yang merbahaya.

Imunisasi adalah cara yang paling berkesan dan selamat bagi melindungi anak-anak kita dari mendapat penyakit-penyakit yang boleh membawa maut ini. Oleh itu adalah penting untuk memastikan mereka mendapat imunisasi ini mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.

Jadual Imunisasi Di Malaysia:

Umur ------------------------------------Imunisasi
Baru lahir ---------------------------BCG , Hepatitis B (dos 1)

1 bulan ------------------------------Hepatitis B (dos2)

2 bulan------------------------------Tiga seranagkai (Diphteria,Pertusis,
--------------------------------------Tetanus- DPT) , Polio , HiB -- Dos 1

3 bulan ----------------------------- Tiga Serangkai (DPT), Polio , HiB - Dos 2

5 bulan -----------------------------Tiga serangkai (DPT), Polio , HiB - Dos 3

6 bulan------------------------------ Hepatitis B (dos 3)

1 tahun ------------------------------MMR (Campak, Beguk, Rubella)

Selepas 1 tahun ----------------------Chicken-pox (cacar air)

1 tahun 6 bulan ----------------------Tiga serangkai (DPT), Polio, HiB - Dos tambahan

2 tahun ------------------------------Hepatitis A

2 tahun 6 bulan-----------------------Hepatitis A- dos tambahan

7 tahun ------------------------------Diphteria, Tetanus (DT), MMR - dos tambahan
---------------------------------------BCG(jika tiada parut)


Note:
HiB: Hemophilus influenza type B adalah bakteria yang menyebabkan jangkitan selaput otak (meningitis)

Terdapat juga imunisasi penyakit-penyakit yang lain yang diberi pada waktu-waktu tertentu seperti untuk menigococal dan Influenza bagi mereka yang ingin pergi ke tanah suci.

Setiap penyakit ini akan saya huraikan pada masa akan datang


9 comments:

johneymartin9025 said...

i thought your blog was cool and i think you may like this cool Website. now just Click Here

gee said...

assalamualaikum doktor...anak saya baru berusai setahun 3 bln.semasa dia berusia 6 bulan dia telah menerima suntikan di paha .kini tempat suntikan itu menjadi keras dan kematu, namun anak saya tidak merasa sakit. saya telah merujuk ke klinik swasta doktor tidak mengesyaki apa, kerana ianya tidak bernanah.adakah ini biasa berlaku??adakah ianya memberi kesan jangka panjang?

mummy amira said...

salam dr saiful..dalam topik si manja jatuh katil, dr saiful ada menyebut tentang vaksin pnemococcal..boleh dr saiful terangkan tentang vaksin tersebut dan saya rtidak membekalkan vaksin pnemococcal itu, jadi di mana boleh mendapatkan vaksin tersebut?

Anonymous said...

as salam doktor....

anak saya sekarang sudah berusia setahun setengah tetapi belum lengkap lagi imunisasi.. ini sebab nurse nasihatkan anak saya tidak diberi suntikan atas alasan anak saya demam setiap kali tarikh temujanji di klinik kesihatan. imunasasi yg sepatutnya pada umur 5bln tertangguh sampai sekarang. so, apa nasihat doktor?

Anonymous said...

as salam doktor....

anak saya sekarang sudah berusia setahun setengah tetapi belum lengkap lagi imunisasi.. ini sebab nurse nasihatkan anak saya tidak diberi suntikan atas alasan anak saya demam setiap kali tarikh temujanji di klinik kesihatan. imunasasi yg sepatutnya pada umur 5bln tertangguh sampai sekarang. so, apa nasihat doktor?

Anonymous said...

salam dr saiful, anak saya berumur 1 bln 20 hari..dua minggu lepas anak saya mengalami bengkak dan nanah pada bekas suntikan bcg. selepas itu ia kering dan ok. tapi saya dapati ada ketulan atau bengkak pada ketiak di lengan yg anak saya menerima suntikan bcg itu. kenapa ia berlaku doctor?

Muadz Shah Firdaus said...

alhamdulillah..anak sya berumur setahun 4 bulan dah ambik semua vaksin mengikut jadual buku suntikan...paed dah bagi 3 suntikan rotavirus,3 kali suntikan peneumucocal dah dos suntikan yg last akan d beri semasa anak sya berumur setahun 8 bulan....vaksin chicken pox juga sya dah ambik sekali semasa suntik imunisasi ketika ank sya berumur 12bln......skg sya nak minta pendapat doc,adakah perlu utk mengambil suntikan vaksin flu utk anak sya?...anak sya sangat jarang demam,cuma sya nak beri vaksin tersebut sebagai persediaan...terima kasih Dr...

Muadz Shah Firdaus said...

maaf bukan suntikan rotavirus tapi ubat oral rotavirus yg di titik ke dalam mulut bayi..tq

fatimatuzzahra said...

Terima kasih kerana berkongsi Doc..saya dah termiss injection 1 tahun 6 bulan di klinik KKM..malas nak dengar leteran, jadi bercadang nak ke klinik panel sahaje..termiss 1 week should be ok kan..

Blog Saya