Thursday, July 07, 2005

Anak-Anak Sihat Keluarga Bahagia:


Anak merupakan satu anugerah yang tidak ternilai yang diamanahkan untuk kita sebagai ibu bapa menjaga mereka. Perasaan semasa mengandung, melahirkan, mendidik, melihat mereka bermain, mendegar hilai tawa mereka dan apa sahaja yang dilakukan oleh mereka hanya dapat dirasai oleh kita sebagai ibu bapa mereka.

Adalah menjadi tanggung jawab kita untuk memastikan mereka berada dalam persekitaraan yang selesa dan selamat untuk mereka membesar menjadi insan yang berguna untuk semua.

Dalam waktu mereka menuju alam remaja dan seterusnya dewasa kadang-kadang ada waktu-waktu tertentu kesihatan mereke terganggu. Sudah pasti kita sebagai ibu bapa mereka merupakan orang yang paling risau apabila keadaan ini berlaku.

Sesiapa sahaja yang ingin berkongsi atau mendapatkan jawapan tentang masalah kesihatan anak-anak anda boleh menghubungi saya di laman blog ini.

Semoga anak-anak kita yang sihat akan membahagiakan keluarga kita bersama

No comments: