Monday, July 25, 2005

Imunisasi

Imunisasi adalah proses memberi antigen (micr0-organisma yang dimatikan/lemah atau sebahagian protien micro-organisma tersebut) supaya badan dapat menghasilkan antibodi yang cukup untuk melindungi anak-anak kita daripada penyakit-pnyakit yang merbahaya.

Imunisasi adalah cara yang paling berkesan dan selamat bagi melindungi anak-anak kita dari mendapat penyakit-penyakit yang boleh membawa maut ini. Oleh itu adalah penting untuk memastikan mereka mendapat imunisasi ini mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.

Jadual Imunisasi Di Malaysia:

Umur ------------------------------------Imunisasi
Baru lahir ---------------------------BCG , Hepatitis B (dos 1)

1 bulan ------------------------------Hepatitis B (dos2)

2 bulan------------------------------Tiga seranagkai (Diphteria,Pertusis,
--------------------------------------Tetanus- DPT) , Polio , HiB -- Dos 1

3 bulan ----------------------------- Tiga Serangkai (DPT), Polio , HiB - Dos 2

5 bulan -----------------------------Tiga serangkai (DPT), Polio , HiB - Dos 3

6 bulan------------------------------ Hepatitis B (dos 3)

1 tahun ------------------------------MMR (Campak, Beguk, Rubella)

Selepas 1 tahun ----------------------Chicken-pox (cacar air)

1 tahun 6 bulan ----------------------Tiga serangkai (DPT), Polio, HiB - Dos tambahan

2 tahun ------------------------------Hepatitis A

2 tahun 6 bulan-----------------------Hepatitis A- dos tambahan

7 tahun ------------------------------Diphteria, Tetanus (DT), MMR - dos tambahan
---------------------------------------BCG(jika tiada parut)


Note:
HiB: Hemophilus influenza type B adalah bakteria yang menyebabkan jangkitan selaput otak (meningitis)

Terdapat juga imunisasi penyakit-penyakit yang lain yang diberi pada waktu-waktu tertentu seperti untuk menigococal dan Influenza bagi mereka yang ingin pergi ke tanah suci.

Setiap penyakit ini akan saya huraikan pada masa akan datang


Wednesday, July 20, 2005

Antara Laman Web Kesihatan Yang Berguna


Maklumat umum kesiahatan untuk ibu-bapa: http://www.drhull.com/EncyMaster/index.html

Common Pediatric Problems: http://www.generalpediatrics.com/CommonProbLay.html

Maklumat penyakit-penyakit tertentu: http://www.diseases-explained.com/

Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA): http://www.mpaeds.org.my/

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA): http://www.mma.org.my/

UKM Speciaist Centre: http://www.ukmsc.com.my/

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): http://www.moh.gov.my/

Tanya Doktor Anda: http://www.Ismdc.com/BersamaDrAnda.htm

Alamat laman-laman web ini akan ditambah dari masa ke semasa

Tuesday, July 12, 2005















NO 6E, JLN SRI SAGA, TMN SRI SAGA
43000 SG CHUA, KAJANG
(Sebaris Celcom & Affin Bank)
Tel: 03-87335798 / 87367133

E-mail: drsaifulbj@yahoo.com

Segala pertanyaan boleh di-emailkan ke alamat di atas atau terus menulis di ruangan komen pada laman web ini.

Pengumuman:
Mulai 1-September-2005 Klinik Pakar Kanak-Kanak Saiful akan berpindah di alamat No 6E, Jalan Sri Saga, Taman Sri Saga 43000 Sungai Chua, Kajang Selangor DE. Segala pertanyaan boleh menghubungi klinik di talian 03-87335798 / 03-87367133

Friday, July 08, 2005

Jadual Klinik

Isnin, Selasa, Rabu : 9.00 am-1.00pm / 6.00pm-10.00pm

Khamis, Jumaat : 5.00pm-10.00pm

Sabtu : 9.00am-5.00pm

Ahad : 9.00am-1.00pm (tolong telefon terlebih dahulu)

Thursday, July 07, 2005

Anak-Anak Sihat Keluarga Bahagia:


Anak merupakan satu anugerah yang tidak ternilai yang diamanahkan untuk kita sebagai ibu bapa menjaga mereka. Perasaan semasa mengandung, melahirkan, mendidik, melihat mereka bermain, mendegar hilai tawa mereka dan apa sahaja yang dilakukan oleh mereka hanya dapat dirasai oleh kita sebagai ibu bapa mereka.

Adalah menjadi tanggung jawab kita untuk memastikan mereka berada dalam persekitaraan yang selesa dan selamat untuk mereka membesar menjadi insan yang berguna untuk semua.

Dalam waktu mereka menuju alam remaja dan seterusnya dewasa kadang-kadang ada waktu-waktu tertentu kesihatan mereke terganggu. Sudah pasti kita sebagai ibu bapa mereka merupakan orang yang paling risau apabila keadaan ini berlaku.

Sesiapa sahaja yang ingin berkongsi atau mendapatkan jawapan tentang masalah kesihatan anak-anak anda boleh menghubungi saya di laman blog ini.

Semoga anak-anak kita yang sihat akan membahagiakan keluarga kita bersama

Wednesday, July 06, 2005

Topik-Topik Perbincangan

Saya akan membincangan beberapa topik penting untuk menambahkan pegetahuan semua dalam penjagaan anak-anak kita

1. Penjagaan bayi baru lahir.
2. Penyusuan susu ibu
3. Permakanan bayi
4. Perkembangan bayi dari lahir hingga 1 tahun
5. Jangkitan-jangkitan yang biasa berlaku pada bayi
6. Asthma
7. Eczema
8. Immunisasi

Jika ada topik-topik lain yang ingin dibincangkan sila hantarkan ke laman blog ini

Assalaamualaikum,

Selamat datang ke laman blog Pakar Kanak Kanak Dr Saiful Bahri b Jaudin.

Sila gunakan laman ini untuk berkomunikasi dengan saya mengenai apa sahaja masaalah kesihatan anak anak anda.

Laman ini akan saya muatkan dengan maklumat maklumat terkini yang diharapkan akan memberi manfaat pada anda dalam menjaga kesihatan anak anda.