Monday, October 12, 2009

Selamat hari raya 1430 H

Beraye kat Tawau Sabah tahun ni



- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, September 30, 2008

Salam Aidil Fitri



Sempena Hari Lebaran tahun ini kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk megucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir batin kepada semua umat islam terutamanya kepada keluarga pesakit-pesakit saya. Di samaping kita beraya bersama keluarga tercinta dan sahabat handai jagan lupa untuk sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan simanja anda...

Klinik Pakar Kanak-Kanak Saiful akan ditutup sempena hari raya ini sehingga 5-10-2008 dan akan dibuka seperti biasa mulai 6-10-2008 (Isnin)

Selamat Hari Raya maaf zahri dan batin

Daripada
Dr Saiful
Jumiati
Nursyazwani Izzati
Nursyazana Najwa
Afiq Haiqal


Monday, September 08, 2008

Jadual Klinik Sepanjang Ramadan

Isnin - Rabu : 10.00 am - 4.30 pm

Khamis - Jumaat : 06.00 pm - 9.30 pm

Sabtu : 10.00 am - 4.30 pm

Ahad : 10.00 am - 12.30 pm (Telefon dulu)


Selamat menyambut Ramadan al -Mubarak 1429 H

Thursday, June 19, 2008

Gastro-esophageal Reflux (GOR) pada bayi



Kedudukan saluran makanan (esophagus) dengan perut



Ujian 'barium swallow' menunjukkan keadaan GOR


GOR pada bayi adalah keadaan di mana otot sphinter pada salauran makanan (esophagus) dan perut masih tidak cukup kuat lagi. Keadaan ini menyebabkan sebahagian susu akan keluar semula (reflux) selepas beberapa minit bayi tersebut menysusu. Keadaan ini lebih kerap terjadi pada bayi yang lahir pra matang.

Jika bayi anda ada megalami masalah sebegini, anda boleh megurangkan keadaan ini dengan memastikan posisi bayi berada dalam keadaan betul semasa menyusu. Semasa memberi susu posisi bayi perlulah ditegakkan sedikit bagi megelakkan susu keluar semula. Selepas memberi susu pastikan anda "burp" kan bayi anda untuk megeluarkan angin yang masuk semasa menyusu. Selepas selesai meyusu bayi anda perlulah diletakkan dalam posisi yang menegak sedikit bagi megurangkan kesan graviti supaya susu tidak keluar semula.

Keadaan GOR ini selalunya akan berkurangan apabila bayi tersebut membesar kerana otot sphinter ini akan bertambah kuat dan mengurangkan keadaan reflux ini daripada berlaku.

Jika keadaan ini masih berterusan maka perlulah membawa bayi anda berjumpa doktor pakar kanak-kanak bagi mendapat pemeriksaan lanjut. Doktor pakar mungkin mencadangkan pengunaan susu khas (susu antiregurgitasi / ata anti-reflux - AR) bagi mengurangkan masalah GOR ini.

Thursday, May 15, 2008

Notis:

KLINIK PAKAR KANAK-KANAK SAIFUL akan ditutup mulai 26hb Mei-2008 (Isnin) - 28hb Mei-2008 (Rabu) sempena cuti persekolahan. Klinik akan dibuka seperti biasa mulai hari Khamis 29-Mei-2008.

Sekian. Terima Kasih.

Thursday, April 24, 2008

Penyakit Kudis Buta (Scabies)


Scabies dewasa..mempunyai 8 kaki


Telur scabies yang menetaskan larva scabies


Kesan scabies pada badan dan kaki

Scabies adalah penyakit kulit yang disebabakan oleh infestasi hama anthropod yang dikenali sebagai Sarcoptes scabie. Penyakit ini disebarkan melalui pendedahan yang berpanjangan kepada mereka yang mengidap scabies ini.

Organ utama yang terlibat adalah kulit di mana hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Keadaan ini meyebabkan tindakbalas alergi berlaku dan meyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Scabies betina ini boleh megeluarkan sebanyak 90 telur sepanjang hidupnya lebih kurang 30 hari. Selepas 3-4 hari telur ni akan menetas dan larva akan menjadi scabies dewasa dalam tempoh 2 minggu dan kitaran ini akan berulang semula

Kesan utama pada kanak-kanak yang terkena scabies adalah gatal pada badan terutamanya pada waktu malam. Kesan-kesan pada kulit seperti bintik-bintik kecil berair (vesicles), kesan trak scabies dalam kulit (burrowing) dan kesan megelupas jelas terdapat pada celah-celah jari tangan atau kaki. Kesan-kesan sebegini juga kerap terdapat pada pusat, ketiak dan juga pada anggota sulit.

Rawatan adalah dengan memberi ubat sapu (untuk membunuh scabies dewasa, larva dan telur) pada seluruh anggota badan (leher ke bawah) yang perlu disapu pada waktu malam untuk 3 malam berturut-turut dan dibiarkan sehingga esok pagi baru dicuci. Adalah penting untuk merawat anggota keluarga yang tinggal serumah bagi mengelakkan jangkitan ini daripada berulang. Pakaian, selimut, sarung bantal serta apa-apa yang dipakai perlulah dicuci dan direndam dalam air panas mendidih untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.

Thursday, April 17, 2008

Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (Hand Foot and Mouth Disease - HFMD)


Ulser pada lidah pada pesakit HFMD


Kesan penyakit HFMD pada bahagian kaki dan tapak kaki



Kesan HFMD pada tapak tangan

Penyakit kaki, tangan dan mulut ini (HFMD) disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai Coxsakie virus A. Biasanya kanak-kanak yang terkena penyakit ini akan mengalami kesan kemerah-merahan dan kadang-kadang gelembung kecil yang mengandungi cecair pada bahagian tapak tangan, tapak kaki atau pada bahagian lutut, siku atau punggung. Kesan sebegini boleh juga terdapat pada bahagian tubuh lain tetapi selalunya tidak kerap kelihatan. Di samping itu terdapat ulser pada bahagian mulut samada pada lidah, bibir dalam ataupun lelangit mulut.
Biasanya kanak-kanak yang diserang penyakit ini tidak megalami demam yang kuat dan aktif seperti biasa, cuma ulser pada bahagian mulut menyebabkan kanak-kanak ini kurang menyusu atau makan disebabkan sakit apabila terkena sentuhan.
Kesan pada bahagian tangan dan kaki ini akan hilang dalam masa 5 hari ke seminggu. Namun begitu jika terdapat demam yang tinggi, tidak aktif atau tidak mahu menyusu langsung maka perlulah membawa mereka berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Rawatan bagi penyakit ini adalah secara simptomatik sahaja. Ubat demam dan ubat untuk megurangkan sakit ulser mulut biasanya diberi kepada pesakit ini.

Penyakit ini boleh disebarkan melalui sentuhan maka adalah perlu untuk kanak-kanak yang terkena panyakit ini diasingkan daripada kanak-kanak lain sehingga mereka sembuh. Disamping itu penjagaan kebersihan seperti membasuh tangan perlu bagi mengurangkan transmisi penyakit ini.